Lunch @ Nando’s Aeon Wangsa Maju.
Good Day to all.
I reckoning its been a while that I post something about where do I eat. I think since I started working at this new place, my financial had been not stable causing my monthly makan time with my mother and lil’ sis also had been interupted.
As I can remember, the last three post regarding my review of where do I eat was TGI Friday, Nasi Arab Damsyik @N9 and lastly little wok kitchen. There are also other places that I gofor eating but not all that is worth of telling about and sometimes actually I didn’t remembered to take pictures.
So for this post, I’m gonna review about Nando’s. First of all, do you know that people’s always thought that this worldwide franchise are from places like Mexico and other Latino country. But according to their website and ever trusting uncle Wiki, Nando’sfounded in 1987 from the Mozambiquan Portuguese community in South Africa, which means two Portugese guy came to Mozambique originally to search for a great spice, ended up on Mozambique, whereas that time people are digging for gold, and that opens an oppurtunity for place not just to eat but to enjoy food.
The two entrepreneur, Fernando Duarte & Robert Brozin, had combined the perfect itme in their hand anf geniusly combined chicken dishes with either lemon and herb, medium, hot, extra hot or extra extra hot Peri-Peri marinades. These Peri-peri (piri piri, pili pili), also known as African Bird’s Eye chilli, is a variety of Capsicum frutescens widely grown in East and Southern Africa.
I have been a couple of time to different outlet of nando’s; AEON Wangsa Maju, Festival Mall, and KLCC. This one taken from AEON Wangsa Maju during my lunch with my mom and dearest sister.

Papa John pizza on the right and KFC on the left.

The renown signature of Nando’s peri -o-meter, will test how strong you can handle the spicyness of a chilli.


Although it had been asked by the waiter for type of spiciness of you ordered, we can still add the spiciness more to the meal.
One thing that I really like about the peri-peri sauce is it isn’t the same with other other chilli or tomato sauce sell at the market. Other brand will add sugar, natural preservative, industrial vinegar, food thickening agent and stabilizer to make their sauce thicken at the right viscosity. This will make their sauce thick, not lumpy and emulsification’s between water and substances tights. Peri-peri sauce is contrarily to other industrial brand where the sauce is lumpy, still had excess water or oil, not sweet but rather spicy, just like a freshly blendered chili from the blender.

A standard portion of half chicken with three side order @ RM25.90


For the third time here, I would like to taste other then chicken set, so I ordered their chicken burger set. Angry Mango Burger set. Tit bit of ripped mango added to their sauce and submarine style buns with selection of chicken breast as burger patties and I think some Vietnamese coriander. Side dish is the Nando’s chips ( large size fries), all for RM18.90.
And since this is my treat for my mum, I suggest her to tried Nando’s dessert, I know my mum really like cakes especially cheese cake and all the desert, so we she pick this one; Caramel Cheese Cake.

Sliced creamy Cheese cake with thick soft cold caramel on top and on the bottom thin crispy caramel. The zig-zag pattern was an simple idea for decoration perhaps @ RM8.90.


Overall Nando’s branding is up the scale with their level of chicken cuisine food such as Kenny-Roagers Roasters. Although the price is much different with other chain fast food restaurant that is based also on chicken, it is not the same if we look at the quality, way to prepare and unique dining experience here.

Thanks For Reading.
Samak dan siba bi
Salam hari cuti buruh.
Kali ini daku ingin mengambil iktibar dan idea dari blog rakan daku, cik narami atau rose. Beliau banyak bercerita mengenai tempat kerja beliau dan daku juga tidak ketinggalan ingin bercerita mengenai tempat kerja daku juga. Mana boleh kalah.
Jadi daku bekerja sebagai pembantu teknikal makmal di sebuah makmal persendirian. Bidang daku pula tertumpu kepada menganalisis segala sampel makanan, aspek industri dan alam sekitar yang diterima secara rasmi untuk fizikal, kimia, radiasi dan parameter mikrobiologi bagi memastikan segala akta dan undang-undang malaysia serta mana-mana negara dipatuhi.
![]()
Ini adalah contoh fakta nutrisi, yang menyatakan kandungan mengikut peratus dan gram yang terkandung dalam makanan. Secara asas kami akan menganalisa sampel dan memastikan betulkah peratusn nutrisi itu lebih kurang sama atau jauh berbeza dengan di nyatakan.
Dan apabila daku mengatakan mengenai sampel, ia bermakna terdapat pelbagai jenis sampel, dari makanan ke bukan makanan, tanah sehingga air, pelbagai jenis haiwan halal dan haram. Dan daku ingin mejurus kepada lembu berkaki pendek, si babi.

Contoh rupa fizikal siba bi ini.
Makmal yang daku bekerja ini ada mengambil sampel babi serta berkaitan babi. Dari aspek mentaliti seorang Islam yang sempit pasti mengatakan tidak mahu berurusan dengan haiwan yang di haramkan dalam Islam ini. Alasan ini di gunakan mungkin samada kerana tidak mahu susah selepas mengendalikan haiwan ini (malas) atau tidak pernah menghadapi situasi seperti ini dan mahu terus tidak pernah menghadapi serta mengendali haiwan haram ini.
Jadi pada suatu pagi yang hening, daku seperti kebiasannya akan membawa beberapa peralatan makmal untuk di cuci. Bukan daku yang mencuci tetapi ada beberapa pekerja am yang di tugaskan untuk mencuci dan daku perlu membawa kepada mereka, jadi begitulah tugasan setiap pagi daku.
Setelah selesai mencuci beberapa peralatan penting, daku memberitahu kepada mereka tentang kewujudan sampel mengandungi babi itu dan dengan mulut seorang dari mereka memberitahu keengganan untuk menyamak sampel babi itu. Untuk pengetahuan, sebelum ini ada seorang yang daku panggil “mak cik” yang menguruskan proses samak ini.
Daku agak terkaget mendengar alasan mereka. memanglah, daku pertama kali di minta untuk menyamak pun berada di antara serba salah dan tidak mahu.Namun memikirkan tanggungjawab daku sebagai lelaki, bakal ketua keluarga suatu hari nanti dan sebagai Islam. Daku membuka hati untuk belajar samak, mempraktikkan dan menguasai ilmu tentang samak.
Ini membawa daku kepada beberapa persoalan. Babi itu haram kepada seluruh penganut agama Islam. Kita tidak di benarkan dengan sengaja memegang babi itu sendiri atau segala yang berkaitan dengan babi itu sendiri. Walaubagaimanapun, jika terkena kita wajib samak.
Dan dari situ daku terfikir; seperti daku uang tinggal di dalam sebuah negara, negeri daerah dan perumahan yang majoriti muslimin dan muslimat, pada awalnya tidak terfikir mengapa harus daku belajar samak, belajar pun hanya untuk lulus KAFA sekolah dahulu.
Namun apabila daku mengambil keputusan untuk mengambil jurusan makanan dan mengambil langkah untuk keluar dari kepompong lingkungan melayu, daku tahu isu halal dan haram akan mengundang masalah kepada daku lambat laun nanti. Isu yang kecil sehinggalah besar pasti akan daku hadapi meminta penyelesaian.
Seperti dilema yang daku lalui kini. Daku boleh ambil keputusan untuk berhenti kerja sahaja, ataupun memaksa mereka pekerja am untuk belajar samak, ataupun meminta orang lain untuk buat samak itu. Tetapi tu semua hanya lari dari membuat keputusan sepatutnya. Isu-isu berkaitan agama adalah subjektif dan tidak tertakluk kepada keputusan yang sama.
Asas bagi Islam adalah sama, namun pastinya setiap Islam akan memandang dari sudut berlainan, berbelah bagi antara dosa yang terpaksa di hadap dengan rezeki yang perlu di cari. Dn daku yang tiada masa dan pilihan terpaksa membawa perkara ini kepada pihak atasan. Mereka pastinya dimarah dan dipaksa untuk samak.
Hati murni daku ini sedikit tergerak untuk kasihani mereka, mahu bantu mereka tetapi sampai bila? daku pun ada kerja juga, dan itu adalah kerja mereka. Sungguhpun babi itu adalah haram bagi umat Islam tetapi oleh kerana kerja adalah ibadah dan wujudnya samak untuk mensucikan peralatan & anggota badan. Bagi daku di bolehkan kerana ALLAH swt.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Pergi dan balik kerja
Salam hariRabu yang berbahagia.
kesempatan pada hari cuti sebegini sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-XIV telah di gunakan daku untuk berehat, bangun lewat, memanfaatkan teknologi Viber pada telefon mudah alih aku dan semestinya memerah jus otak menulis sesuatu di blog daku ini.
Telah agak lama daku ingin menulis sesuatu mengenai pengalaman perjalanan pergi dan balik daku ke tempat kerja. Telah lebih setahun pengalaman memandu daku yang sah, menjarah dan membelah jalan raya. Daku yang agak berkobar-kobar pada mulanya ingin memandu kadangkala agak terganggu dengan beberapa insiden yang acapkali berlaku, menganggu emosi daku ingin memandu dan menjadi lebih ke arah pemandu berhemah.
Jika di ikutkan, tempat -tempat kerja terkini dan terdahulu daku bukanlah beberapa meter dari rumah daku, untuk sampai ke tempat kerja daku terkini daku perlu menyusur jalan Tun Razak dan lebuhraya sungai besi, di tempat kerja sebelum ini perlu daku rentasi MRR2, dan di Segambut dahulu pula lebuhraya Persekutuan daku tempuhi.
Agak kejutan budaya juga jika di fikirkan seseorang yang hanya pengalaman memandu yang sah lebih kurang setahun perlu menjadi pakar dalam menggunakan beberapa nama lebuhraya yang popular di KL. Satu perkataan yang dapat mengaitkan ketiga-tiga lebuhraya ini adalah SESAK.
Dan masa-masa terluang semasa menghirup kesesakan jalan raya di gunakan sebaiknya oleh daku untuk memerhati, berfikir dan membuat hipotesis. Yang pertama adalah mengenai penunggang motorsikal. Daku memang tidak pernah menunggang motorsikal, pembonceng selalu tetapi membawa atau menunggang tidak pernah. Jadi minta maaf jika terguris hati dan perasaan dengan luahan hati daku.
Seronok kah memandu sambil makan angin, berada di tengah-tengah lorong bagaikan membawa lori balak 16 tayar? kekiri dan ke kanan hampir memasuki lorong sebelah? pandang ke kekiri atau kekanan sehingga memperlahanakn kenderaan? Sungguh daku rasakan jantung daku terlebih berdegup, hampir-hampir sahaja melanggar penunggang motorsikal, memperlahankan kenderaan sedangkan kenderaan di belakang mahu cepat. Tidak memanfaatkan selitan mereka dan merasakan kenderaan mereka sebesar lori dan ketengah lorong sahaja.
Tidak memberi laluan. Ini adalah salah satu sebab daku kemalangan dahulu. Apabila kita telah beri isyarat lampu berkelip, terus sahaja mereka melajukan kenderaan. Sedangkan sebelum itu kenderaan mereka perlahan sahaja. Sama juga ketika ingin memasuki dan keluar simpang dan lorong. Isyarat lampu berkelip bagaikan satu arahan untuk melajukan kenderaan mereka, jangan beri peluang untuk kita memasuki lorong.
Yang terakhir ini adalah kegemaran daku. Bukan kena bayar kalau angkat tangan pun. Daku sememangnya tidak berkira semasa memandu. Hendak memasuki laluan? Hendak potong ke hadapan daku? Himpit dan rapat dengan kereta daku apabila 2 lorong menjadi satu? Ambillah, buatlah, daku berikan peluang. Tetapi budi di balas tuba, jangankan terima kasih, angkat tangan pun tiada. Sombong dan tidak mengenang budi.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Dimensi Baru Keibubapaan
Salam hari ahad, sesuai untuk memalaskan diri yang sememangnya malas.
Sungguhpun daku (baru) memasuki 26 tahun, daku pastinya daku tidak keseorangan dalam perangkaan belia yang masih lagi tidak memikirkan mengenai menamatkan zaman teruna bujang. Masih ramai lagi mereka yang sebaya dengan daku yang tidak meletakkan harapan untuk mengorat dan dingorati manusia lain dalam masa terdekat.
Bagi daku yang “single” ini, apabila mendapat peluang untuk memegang dan membelai dan mendukung bayi kecil, peluang sebegitu tidak di persiakan untuk daku menunjukkan bakat kebapaan daku, kemahiran daku membuatkan anak kecil itu tertawa bahagia, merasakan kemesraan yang baru terjalin. Benar daku dapat merasakan keindahan yang di rasai pabila si bapa mula-mula memeluk erat anak yang baru sahaja dilahirkan.
Daku rasakan zaman kecil daku biasa sahaja, arwah ayah daku sememangnya garang tetapi itu biasalah dalam mendidik anak. Daku boleh dikatakan berjaya juga, seperti abang-abang daku. Ibu daku biasa sahaja, dan daku rasakan tidak perlu mengharapkan ibu yang terbaik. Cukuplah seperti kini dan kami juga cukuplah seperti kini.
Sungguhpun kami adik-beradik lelaki bertiga tidak rapat dan saling berkongsi masalah, kami masih menghormati sesama lain. Abang sulung daku tetap daku hormati keputusan dan tindakan beliau, abang kedua daku tetap daku bertolak-ansur dengan pendapat dan idea bernas dari beliau. Dan daku sebagai anak lelaki bongsu tetap bebas membuat keputusan untuk diri daku sendiri, baik dan buruknya.
Berbicara mengenai abang-abang daku yang telah selamat berkahwin mengikut masa mereka, daku terfikir mengenai pasangan yang baru berkahwin di dalam generasi kini, pasti terdetik dalam hati merasakan didikan dan cara ibu atau bapa membesarkan mereka dahulu tidak tepat, kurang praktikal, tidak sesuai dan seumpamanya dalam membesarkan anak-anak mereka.
Jika ibu atau bapa yang dahulunya garang dan bengis, si anak yang telah berfikir panjang pastinya akan menjadi lemah dan lembut dan terlalu memanjakan anak mereka, contoh terdekat yang mapu daku fikirkan adalah seperti filem P. Ramlee; Anakku Sazali “.
Bagi ibu atau bapa yang merasakan zaman kanak-kanak mereka tidak cukup mewah dan beruntung dengan harta benda dan wang ringgit, maka mereka pastinya akan memandikan anak mereka dan permainan, duit dan segala jenis kemewahan yang mereka tidak dapat kecapi dahulu. Kononnya tidak mahu anak-anak mereka merasa keperitan yang mereka rasai dahulu.
Bagi daku, setiap anak ada cara untuk mendidik mereka, tidak sama cara untuk mematangkan seorang anak, tetapi asasnya tetap sama, semua orang memerlukan kasih sayang dan perhatian.Daku sendiri juga sering memikirkan bapa bagaimana akan daku jadi nanti? Adakah sikap panas baran arwah ayah daku akan muncul semula? adakah sikap daku kini yang bertolak ansur dan mudah dipandang enteng akan menjamin kualiti anak-anak daku nanti?
Selalunya si bapa yang terlalu garang dengan anak-anak mereka pasti akan berubah hati dengan cucu-cucu mereka. Contoh terdekat adalah arwah datuk di sebelah ibunda daku, daku sendiri tidak mempercayai apabila ibunda daku memberitahu bahawa arwah atuk daku dahulu adalah seorang pegawai askar, tidak silap berpangkat jugalah.
Askar sinonim dengan garang, tetapi cebisan-cebisan memori daku terhadap arwah datuk daku dahulu membina perwatakan seorang yang berbeza sekali. Lemah lembut berbicara, tenang dan tidak banyak cakap, cepat mengalah dalam konflik dengan anak-anak. Tidak sekali pun terngiang-ngiang di otak daku beliau ada meninggikan suara dalam berdialog dengan sesiapa pun.
Begitu juga dengan arwah ayah daku. Dengan cucu-cucunya beliau tatang bagai minyak yang penuh. Beliau berkongsi air mata pabila terdengar cucu-cucunya di marahi, di herdiki, di beri amaran, walima di jentik. Daku rasakan ada beliau memberi amaran kepada anak-anaknya supaya rumah ini, rumah yang daku duduki, jangan bergema dengan sebarang marah terhadap cucu-cucu beliau. Di ikuti atau tidak, wallahualam.
Mungkin daku bukan orang yang terbaik untuk memberi diskusi terhadap isu kebapaan. Sungguhpun ada kebaikan didikan ibu bapa dahulu, terdapat juga masalah sosial yang melanda mereka. Begitu juga dengan generasi kini, merasakan cara didikan ibu bapa mereka boleh diperbaiki, ada juga masalah sosial yang melanda generasi kini. Mungkin masalah sosial dahulu dan kini lain bentuknya, tetapi ia juga adalah masalah sosial, membawa kemudaratan kepada perkembangan generasi seterusnya.
Apa yang aku ingin sampaikan di sini adalah setiap anak mempunyai potensi sendiri. Seharusnya kita cari potensi itu dan cuba membantunya, daripada merendah-rendahkan potensi mereka. Tidak perlu mengharap generasi seterusnya semuanya berjaya, tidak guna senyuman plastik tanpa jiwa di dalam tubuh.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Ungkit-mengungkit. . . lalalala. .
Hidup ini, tidak perlulah hendak berkira sangat. Pertolongan yang di hulurkan seharusnya ikhlas tanpa setitik pun terniat di dalam hati untuk mengharapkan balasan setimpal.
Begitulah antara falsafah yang daku pegang, satu antara beribu kebaikan yang aku cuba sembunyikan. Jikalau kebaikan di pamerkan akan timbullah riak dan takabur dalam diri. Bagi daku dalam bekerja lebih banyak daku tumpukan bantuan dan pertolongan.
Di dalam bekerja segala hal halal dan haram akan mudah jatuh hukum, tidak jujur dalam bekerja, terlalu bekira dalam waktu bekerja. Dan daku seboleh-bolehnya amat menitikberatkan hal ini.
Tiada istilah simpan kerja untuk esok, sambung kerja kita pada orang lain, menyusahkan orang lain untuk kesenangan kita dan paling penting sekali menyusahkan diri sendiri dan orang lain dengan perkara yang tidak penting.
Dan apabila daku telah menolong orang lain tetapi seperti jasa daku tidak di ingati malah paling hina sekali tidak daku pula di persalahkan, sungguh kecewa daku. Bukanlah daku beriya -iya sangat mahukan jasa di ingati, tetapi hulurkanlah bantuan, jikalpun daku tiada jasa kepada mereka, berdosa besarkah menghulurkan bantuan.
Jasa tidak semestinya di balas, apatah lagi dikenang sepanjang hayat, namun jika ada peluang, apakah salahnya di balas dan tidak di bawa sampai ke mati? Bantuan seharusnya di hulurkan selagi termampu, sebagai cara untuk kita mempamerkan jutaan terima kasih atas bantuan dahulu.
Dan tindakan daku pabila jasa daku tidak di kenang senang sahaja, tiada lagi jasa daku di ditaburkan, harus ada berkira dalam memberi pertolongan, monolog dalaman yang membahaskan ungkit-mengungkit samada perlu membantu mereka, Kadangkala pabila hati sedang bengang membara memang tidaklah namun pabila hati sedang sejuk, cepat sahaja hati ini berbisik tidak perlu berkira sangat.
Namun seringkali daku merasa menyesal di kemudian hari kerana seharusnya daku tahu tiada siapa yang menghargai daku, bahkan kebaikan daku menjadi faktor daku di gulingkan dari kedudukan daku kini. Seringkali baik tidak kena masa, tidak bertempat dan salah orang.
Hati ini terdetik untuk lebih kejam, supaya diri daku tidak menjadi mangsa orang lain, tetapi seringkali sahaja terdetik untuk lebih berbuat baik berbanding jahat. Ungkit mengungkit seringkali menjadi perbahasan pertama namun sering jua kalah dengan kejujuran dalam diri daku yang lebih mengetahui daku akan tetap di pijak di hujung cerita.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Suatu Hari di kedai mamak Batu 5 Jalan Kelang Lama
Salam ceria di hari Ahad.
Tempat kerja baru, tempat makan pun baru. Sudah berada di jalan Kelang Lama, mestilah makan dan minum di sini, takkanlah hendak makan sanggup pergi ke kedai Ibu di tempat kerja lama Segambut, mahupun berada padang letak kereta 3 Desa Park City Kepong? Bungkus makanan dari Keramat agak logik jugalah.
Kembali ke topik asal. Sudah menjadi tabiat di awal pagi daku sejak bekerja di sini, sampai lebih kurang jam 8 pagi, menuju ke kedai makan dan menempah makanan seperti kebiasaan. Airnya tidak banyak berubah, samada teh halia panas mahupun teh o’ limau suam. Makan pula dalam kumpulan roti juga, samada roti canai 2 atau roti telur atau roti tampal. Jika sudah kenyang roti bakar satu set juga berada dalam senarai. Semua kecuali roti bakar mestilah banjir dhal sambal atau kari ikan.
Daku perhatikan banyak gerombolan manusia di sini. pekerja rapidKL. pekerja pub berbaju hitam, pekerja kejuteraan am, pekerja pejabat segak bergaya dan wangi sahaja. Tetapi daku tidak pedulikan semua itu. Daku duduk di meja kosong, membuat pesanan dan lebih banyak mendiamkan diri. Sambil mendiamkan diri, daku memasang telinga mendengar perbualan yang lain, agaknya apa yang di bincangkan.
Seorang tua baya daku lantang bersuara;
” ….. genarasi muda sekarang ini banyak generasi Y. “
” Dahlah malas nak bergerak, berat tulang nak tolong, tengok sahaja….. “
“Rela tengok sahaja, tangan letak belakang, pusing-pusing badan mendiamkan diri sahaja. “
Ni apa pula generasi Y, getus hatiku. apa kena mereka dengan generasi Y ini? Belum sempat daku ingin bermonolog dalaman lagi, rakan si tua ini membuka mulut seperti ingin memuntahkan beberapa ayat.
” Ish, saya ini tak berapa muda la encik,tapi saya bukan generasi Y, tapi saya ini generasi X. “
“Saya tak malas macam generasi Y, kami generasi X rajin lagi buat kerja, takkan menung memikirkan nasib macam budak-budak latihan itu. “
Ah sudah, apa pulak generasi X , generasi Y ini. Macam seronok sahaja, bolehlah aku perlahan-lahan minum air ini, monolog dalaman daku lagi. Si tua dengan perlahan-lahan menyalakan sebatang rokok, menghisap rokok Dunhillnya dalam-dalam sambil menyembur kuat, memandang tepi mata pada pemuda itu.
“… kau lahir tahun berapa? Kalau era 80-an maknanya kau generasi X lah. “
Pemuda ini dengan mata membara semangatnya untuk membela remaja sebaya dengannya meluru-luru ayat ingin di bahas dengan orang tua terkutuk yang kelihatan seperti senior di tempat kerjanya.
“… Zaman kami dulu mana ada susu-susu untuk ibu mengandung ini encik. . “
“…. kami kecik-kecik dahulu pun tiada Internet-FB- semua kejadah. .’
“… Kami nak tahu kami bertanya, kami tidak faham sesuatu kami cuba buat. . . “
“…. sebab itulah kami berani buat berani tanggung. .”
Si tua dengan muka berkerut cuba mengambil idea untuk hujah balasnya selepas ini;
“….. aku dahulu , zaman kami dahulu, zaman pop yeh-yeh, zaman mak bapak kamu semua main kahwin-kahwin kat bawah pokok tepi hutan dahulu. . .”
Hendak seret ibu-bapa orang pula, daku mula merasakan pasti perdebatan mereka akan memasuki fasa merapu. Fasa semua orang hendak menang, semau orang tidak mahu mengalah salah. Lalu dengan rakusnya daku bangun sehinggakan kerusi yang daku duduk sedikit terpelanting ke belakang dan menghasilkan aura bunyi besi bergesel. Perbualan mereka terhenti seketika dan mereka semua memandang daku. Daku membuat muka tidak bersalah dan berjalan terus ke kaunter pembayaran.
Tanpa menoleh ke belakang, daku terus berjalan menuju ke bangunan temapt daku bekerja dengan tersenyum sinis, kerana daku adalah generasi X!
Terima Kasih Kerana Membaca.
Melayu yang manja
Bismillahirohmanirahim dan Assalamualaikum.
Di dalam keadaan kacau-bilau keadaan politik negara yang saling menuding jari dan di sebalik ketidakseimbangan alam yang tidak terduga esok hari, daku merasakan bangga dan mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana daku dilahir dan di besarkan sebagai seorang Islam, di bumi yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.
Sepanjang daku bekerja, dari hari pertama daku keluar dari rumah daku berniat untuk mencari duit secara halal, daku telah mengalami pelbagai situasi dan karenah manusia. Sungguhpun daku ini bukanlah manusia yang terbaik, tetapi daku juga mementingkan solat. Jadi di kesempatan yang ada, solat adalah separuh dari perkara yang merewang-rewang dalam minda sedar daku.
Kadangkala daku terfikir juga dari kaca mata seorang bukan Islam, Umat Islam ini manja juga, mahukan sebuah bilik untuk kami bersembahyang. Sebuah bilik dengan lampu dan sekurang-kurangnya berhawa dingin ataupun paling busuk pun dengan kipas siling. Namun hanya sebuah bilik sebenarnya tidak mencukupi. Jika boleh mahukan dua; untuk lelaki dan perempuan, dengan kemudahan berdekatan tandas, selipar untuk kami pakai ke tandas, tikar atau sebarang lapik lantai, sejadah secukupnya, sebarang ilmu berkaitan islam di tampal di di dinding. Dan yang paling penting sekali masa untuk di izinkan untuk pergi solat, yang kadangkala di salahgunakan untuk berehat dan tidur petang.
Namun kualiti ruang solat samada mencukupi atau asas sahaja masih lagi menimbulkan spekulasi yang tidak berkesudahan. Pada akalnya sudah menyediakan tempat di kira bagus tetapi dengan pertambahan jumlah umat Islam sendiri perlulah seiringan itu ditambahbaik kemudahan yang sedia ada. Bila tiada inginkan ruang solat, kecil tidak mengapa janji ada, tetapi bila ada merungut inginkan penambaikan.
Sebagai Islam di bumi di perintah Islam, mungkin akan menggunakan kuasa autonomi untuk mengatakan ini hak kami sebagai majoriti dan kewujudan badan kerajaan untuk memastikan semua ini perlu ada. Tetapi jika kita sendiri adalah minoriti bagaimana pula? Sedangkan sebagai majoriti Islam sendiri diperkotak-katik dan di perkecilkan hukumnya oleh Muslim sendiri, bagaimana pula jika kita tidak di beri hak istimewa untuk menjadi Muslim?
Jika kita adalah insan kerdil tidak berpegaruh ingin meminta di sediakan ruang solat dengan mereka yang tidak memahami Islam, seharusnya pihak pengurusan beragama Islam akan lebih berpengaruh dalam menyesalkan hal sebegini. Namun mengenangkan kepayahan mereka untuk menyeimbangkan anatara kerja dan agama, sukar bagi diri sendiri daku diakui.
Jika daku sendiri adalah di pihak pengurusan, ingin memperjuangkan hak bagi orang Islam ingin menunaikan solat, bagi daku agak serba salah jika daku ingin meneruskan perjuangan itu. Bukan daku mengatakan daku tidak mahu, tetapi realitinya begitu. Ruang solat yang di sediakan seringkali disalah gunakan. Jikapun di berikan sebuah ruang solat, pastikah kesemua Muslim itu menunaikan solat? Dan berdasarkan pengalaman sendiri, sekurang-kurangnya mereka yang selesai solat pasti mengambil beberapa minit untuk berbaring dan melelapkan mata.
Memang benar disunatkan melelapkan mata seketika selepas Zuhur sebelum Asar, namun oleh kerana kita bekerja dalam suasana 1Malaysia, dan pastinya bagi menjaga kredibiliti dan maruah melayu sendiri yang terkenal dengan kemalasan kami, ia perlu berpada-pada dan jangan terlalu ketara sehingga kerja di tangguhkan. Bagi bangsa lain mungkin kerajinan mungkin satu faktor kejayaan mereka, suatu kriteria kejayaan yang agak ironi dengan kita.
Daku melihat isu ini dari pelbagai sudut, pekerja bawahan yang mahukan segala-galanya mewah dalam menunaikan solat bersandarkan status majoriti dalam negara walaupun diketahui tidak semua Islam mahu solat, Pihak pengurusan yang mahu berlaku adil sesama pekerja, kebajikan di jaga dan keuntungan berganda dan mahukan sebarang percaturan keputusan dilakukan tidak memakan diri.
Daku sendiri ada pengalaman dan buah fikiran dalam membantu hal ini, tetapi kadangkala kita perlu tahu pendapat dan pandangan mahu diterima apatah lagi mahu didengari pihak berkaitan dalam menyelesaikan keperluan tidak terhad berdasarkan sumber yang terhad.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Hey, budak baru. .
Salam hari Sabtu.
Sudah agak lama daku tidak menulis sesuatu yang baru di blog daku ini. Niat dan keinginan sudah ada, tetapi memikir dan berfikir isi kandungan, menyebabkan daku seringkali berniat dan terus sahaja.
Tiada apa yang baru dalam hidup daku kini, kerja di tempat baru masih di teruskan. Dan walaupun kerja daku dirasakan semakin banyak benda baru, namun daku masih lagi bersemangat dan tabah untuk terus bekerja, kerana ini adalah keghairahan daku untuk terus hidup dan terus belajar. Daku telah menetapkan diri daku perlu berada di atas tahap yang membanggakan dan itu semua memerlukan pengalaman dan masa. Tidak mengapa, daku sanggup.
Seperti mana yang di harungi dan dirasai oleh semua pekerja baru, kerja dan teknik orang semuanya berbeza. Semememangnya perlukan kesabaran dan perhatian apabila kita bekerja dan perlu memuaskan hati orang yang memandang dengan melakukan kerja mengikut teknik dan standard kerja orang itu sendiri.
Apabila kita sebagai pekerja baru, kita sememangnya memerlukan seorang mentor untuk mengajar kita bekerja. Cara kerja itu sendiri sama dan sepatutunya sama bagi setiap orang. Tetapi apabila memasuki bab teknik kerja, itu terpulang kepada setiap individu untuk merumuskan, menyenangkan,menyingkatkan dan memotong teknik kerja yang menyusahkan.
Ini pasti bagi semua orang. Ada yang suka cara yang panjang kerana terikat dengan diri sendiri yang jujur dan ada juga yang sukakan kerja itu singkat masa dan tidak menyusahkan, mungkin kerana tidak mahu menyerabutkan minda dengan tekanan kerja. Yang mana mahu di ikuti, itu terpulang kepada individu, itu hak individu.
Sekarang, bagi yang sukakan kerja yang panjang dan menyerabutkan, seringkali di anggap jujur, baik dan patuh arahan. Terus terang daku akui daku mahukan kerja yang ringkas, singkat namun paling penting jujur dan kerja itu siap sepenuhnya. Daku boleh terima teknik kerja yang panjang, tetapi daku tidak boleh menerimanya dalam jangka masa yang panjang. Walaupun pengalaman daku bekerja tidak begitu boleh dikatakan membanggakan, tetap pastinya daku sendiri ada teknik bekerja yang telah sesuai dalam jiwa daku.
Daku tidak berapa gemar apabila teknik kerja daku dipersoalkan, ilmu daku dipersoalkan, kewibawaan daku dipersoalkan. Mungkin apabila daku telah merasa selesa, daku akan dapat menerima cara kerja baru dan diubahsuai dengan teknik kerja daku. Buat apa nak bekerja dengan teknik kerja yang daku rasakan boleh aku perbaiki dan daku boleh buat kerja itu.
Ada pula bagi antara mereka ini yang sudahlah terang-terangan tidak suka adaptasi teknik kerja daku ini, di marah, di tegur, di malukan, di perli kerja daku sehingga makan dalam daku terasa. Perlu kah daku menipu diri sendiri dengan berpura-pura mengikuti 100% cara mentor kita bekerja sehingga tidak ada muncul dalam benak fikiran untuk menambah baik apa-apa yang patut.
Daku yang silap atau dunia yang silapkah?
Terima Kasih Kerana Membaca.
Sudah 2012 ya?
Salm hari baru, bulan baru dan tahun baru.
Asalnya dak ingin membuat sebuah entri khas sempena berakhirnya tahun 2011, tetapi penyakit Malas daku ini yang tidak sudah-sudah datang dan pergi, maka di saat sepatutnya daku membuat sedikit ulangkaji mengenai kerja daku, daku “ter”buka blog daku, terbaca post blog orang lain dan sedikit terbakar kerana daku tidak membuat kata-kata terakhir sebelum 2012 menjengah masuk dalam hidup daku.
Tahun 2012 sungguh banyak membawa duka berbanding suka dalm hidup daku. Sesungguhnya daku di uji hebat sebegini rupa. Duka datang dan perg bertalu-talu tepat ke muka daku sebelum satu atau dua berita gembira cuba menutup luka kesakitan daku. Bermulapada 20hb September 2010, daku kehilangan ayahanda daku, serta kenalan daku di politeknik, di jemput malaikat maut sekitar waktu subuh di rumah daku ini.
Hari-hari berikutnya yang mendatang kelihatan semakin malap untuk diriku ini, dua kejadian rampasan orang yang daku sayangi berlaku di tempat yang sama daku menghambakan diri mencari duit. Ini tidak termasuk lagi perang saraf yang berlaku di antara daku dengan beberapa manusia yang masih lagi tidak sedarakan kekhilafan hidup mereka. Ya pastinya daku juga ada kekhilafan terhadap manusia lain, namun daku semakin tertekan dengan situasi yang tidak pernah daku impikan.
Pos-pos daku daku kebanyakannya mengenai analisa yang daku lakukan terhadap manusia di sekeliling daku, cara mereka menghadapi dunia ini. Di akhir tahun 2010 juga daku sempat membeli sebuah kereta idaman daku, lebih tepat lagi pesanan dari ayahanda daku, yang inginkan sebuah kereta bukan jenama Malaysia. Dan sungguhpun daku mendapat kereta itu pada tarikh hari lahir beliau, daku hanya mampu bermonolog dalaman.
Mengenai kereta daku, telah dua kali daku telah mencacatkannya, bukan sengaja tetapi dari sikap daku yang menganggap tunggangan daku sebuah kenderaan 4×4. Pada pertama kali adalah pada bulan 8 manakala untuk kedua kali adalah pada bulan 11. Sehingga pos ini daku taip, kereta daku telah siap dari segi fizikalnya, tetapi tersangkut dari segi dokumentasi.
Daku juga pada tahun 2011 lalu bersama ibunda dan adinda daku telah menjelajah negeri di bawah bayu selama 4 hari. Sebenarnya percutian ini dirancang bersama ayahanda daku, namun walaupun ketiadaannya, kami meneruskan perancangan kami. Tahun 2011 juga menyaksikan daku membuat keputusan untuk beralih arah tempat daku menumpahkan peluh daku. Melebihi 2 tahun daku berkhidmat dengan KFI (M) Sdn Bhd. Sekitar bulan Jun 2011, menyaksikan daku memasuki salah sebuah jenama terkenal dunia di dalam bidang peruncitan, bermula di sebuah kawasan perumahan pinggir kuala lumpur.
Sekali lagi dengan memerhati mereka yang bekerja di sekeliling bandar Desa Park City, daku mula mengkaji dan menganalisa manusia. Ada yang pada awalnya daku suka dan gembira berkawan dengan mereka, namun di akhir perkhidmatan daku telah membenci mereka, dan ada juga sebaliknya. Masih ada seorang yang dari awal hingga akhir daku membenci beliau, dan jika betullah dia yang bongkak dan takbur dalam dunianya, pasti ada pembalasan di sediakan untuknya. Wallahualam.
Post terakhir daku untuk 2011 berakhir dengan peluang yang daku dapat untuk kembali ke alam daku, bidang sebenar daku, dunia yang daku pilih sewaktu taku menanda untuk memahami dunia teknologi makanan. Daku anggap tahun ini tidak berapa memihak kepada daku namun daku tidak mahu merungut, kerana masih ada sinar dalam kegelapan tahun ini.
Daku hanya mahukan tahun 2012 ini mampu memberi daku sinar kebahagiaan, sinar ketenteraman dan sinar cinta dalam hidup daku, cukuplah daku bersedih di tahun lepas, tahun ini apa yang tertulis dalam hidup daku moga-moga tidak melemahkan semangat juang daku untuk terus hidup di muka ini.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Sayonara Jusco and Konichiwa Consolab
Officially, on the 15th December 2011 is my last day with AEON JUSCO (M) BHD. But clearing my leaves about 3 days and normal leaves in a week, I have about 4 days relaxation. It is an utterly moments when a part of myself celebrating the tired working hours had finally stopped whilst my other half felt so sad to leaving this great company with great benefit. So sad can describe what I want to leave behind to make the next step in gambling myself.

My first step into AEON brand starts here.
Such a huge company, even the whole worlds know it.
For someone whom had so ambitious dreams, to be one of the employee of renown company, to know how much can you stand up, how lazy you are, how strong you are, do you really have what it needs to be someone, you can take the step here. Though It would take some years, you know it will be worth it when you finally achieved you dreams. I now know I am lack of some of the above mentioned quality and proudly will hand over my positions to someone that is worth it.
And here is some item that will be in forever memories almost 7 month I proudly working with AEON MaxValu.

My name chop.


Forever will be missed this name tag.
Regardless, I only take 1 day to relax, which is on Monday this week, and by the next day which is on 13th December 2011, I had already start my new work at the new place, Consolidated Laboratory. I really want to expand my knowledge on science. Although I cant absorb all the knowledge in the world, at least I want to push myself in the real working field. To see what I had ready myself back 6 years ago, when I had tick the application to further my study in food technology.

My new master in getting working field knowledge.
There isn’t much I can describe about my new working place. I am the lab technician, put at the microbiology department, with 6 of my other colleagues, I work 5 days a week and all of them are on office working hours. My working place is in Jalan Kelang Lama, KL. My duty is routined same as others, received sample for testing, determined what test to be doned for, prepare media or broth alongside with the apparatus. Do the sampling procedure, enrichment process, incubation and more waiting incubation time, result determination, and finally report result.
Apart from a little culture shock that I had to widen my mind range in working in a industrial scale, when time is crucial, money is important and push your mind and body to the limit, I also have pick up the pace because the race is to fast, and my luck wont last.
Thank you for Reading





