Monthly Archives: August 2010
Makan selagi boleh makan. .
Salam 1Ramadhan.
Insya allah, di dalam minggu hadapan, daku bersama-sama dengan beberapa kilang daku akan berbuka puasa di sebuah dewan. Ini semua bermula dengan beberapa e-mel yang saling berbalas meminta pendapat dan cadangan mengenai program berbuka puasa. Berikut adalah tempat dan 88 menu yang di sediakan bagi bayaran hanya RM58 seorang.
klik untuk pembesaran bagai naib johan
Daku kalu di ikutkan, tiada apa-apa masalah, daku mampu membayarnya, tempat yang berdekatan dengan rumah daku, daku Insya allah berpuasa di tarikhnya. Cuma yang daku tidak pasti, adakah daku mampu untuk menjamah setiap makanan dan minuman walima’ sedikit pun.
Daku pasti, jika pun daku memberi peluang kepada mangsa-mangsa banjir di Pakistan, mereka yang di kategorikan fakir miskin, mereka yang benar-benar menghargai setiap makanan dan minuman yang di berikan, adakah mereka mampu makan setiap makanan itu?
Dan daku perhatikan, sindrom bufet Ramadhan ini terus menerus menular. Ada sahaja menu yang terlalu banyak untuk di nikmati, harga yang melambung luar biasa dari kebiasaan perbelanjaan makan tengah hari seorang pekerja makan gaji.
Bukankah kita di galakkan bersederhana dalam berbuka puasa, lebih afdal jika sebiji tamar dan air kosong. Sistem penghadaman kita tidak mampu menerima makanan sebegitu banyak, kandungan asid yang tinggi, air yang melimpah ruah setelah seharian berpuasa.
Bagi daku penting berbuka puasa dengan nafsu yang minima, berbanding berbuka puasa dengan nafsu yang tidak terkawal. Manfaatkanlah puasa ini pembebasan dari nafsu yang menggunung.
Terima Kasih kerana membaca.
Berada di dalam kasut (orang lain)
Bila terasa terlalu selesa dengan kerja sendiri, cuba merasa pula kerja orang lain. Mungkin kita nampak kerja kita yang paling susah, tetapi bila kita mencuba kerja orang lain, pasti kita merasa kerja mereka berbelas kali ganda susah.
Kita selalu mengomen, memandang rendah, tidak menghormati, tidak memahami kepayahan orang lain dalam mencari sumber kewangan bagi menampung kehidupan mereka, tetapi pabila kita di beri tugasan sepenuhnya mengendalikan kerja mereka, pasti kelam-kabut, kuca-lana, tidak keruan jadinya.
Namun dengan semangat ingin mencuba, berani mengambil peluang, belajar dari pengalaman, ringan mulut untuk bertanya serta paling penting sekali kesabaran, Insya allah dengan izinNya, semua dugaan dapat di tempuhi.
Dan selepas itu, kita seharusnya telah berjaya menyerap cara kerja mereka dan bersikap lebih menghormati kerja mereka. Ada sebab untuk segalanya, segala yang berlaku bersebab. Hormati kerja orang dan lambat laun orang akan menghormati kerja kita.
Terima Kasih Kerana Membaca. . .
From that window
From that window, while I am waiting for the copying machine its assigned work, I’m using the window, to see beyond the window, to see what lies after the glass window, to see other usage of the glass window.
I see many people down under, pass through and pass by, walking slow and running by. I see many vehicle, forward, backward, reverse and passing by. Various vehicles had entertain me, from motorcycle to lorry, from kancil to audi, from white color to metalic one.
Although its Ramadhan many had bother to respect it, still some Muslim smoking , buying drinking water and roti canai, Asking the foreigner and the seller. Please, show some respect, have pity on yourself.
Nearly the working hours, many and many cars rushing to the premise, good bye and tata they give to their family, hugs and kisses for their children and spouse, a big smile to the family, before a sad and long breathe upon starting work.
I always enjoy on my private cctv window. Many I had see and still many new thing yet to be discovered. I know even though I given the whole eternal live, to see the world,I still can’t get enough to fully understand it,especially humans.
People come and go, born and dead, changes rapidly, but still the earth remains the same. People should accept the changes in life, even it kills them.
Thanks for reading. . . .
Macam-macam di Bulan Ramadhan
Lapar dan Minum itu adalah suatu bentuk ilusi.
Daku berkata begitu berdasarkan pengalaman sendiri. Kerana semasa di zaman pembelajaran dahulukala, daku baru mengenal erti berlapar dan dahaga. Jika di ikutkan, cukup sahaja duit daku, tetapi inginkan pengalaman, daku mengikut sahaja trend bagi setipa orang yang pernah menggalas jawatan sebagai seorang pelajar. Kawal nafsu makan dan lebihkan pembelajaran.
Begitu juga semasa bekerja ini. Makan ada pelbagai jenis, pelbagai gerai dan kedai, kotor dan bersih, melayu @ Indon, India atau lain-lain. Tetapi daku yang sebenarnya kadang-kadang sukakan kelainan dalam memilih makanan, terlalu memilih menyebabkan kadangkala daku tidak makan, atau mungkin kerana cuaca yang panas dan tahap kemalasan yang tinggi.
Bagi daku, boleh sahaja tidak bersahur, seharian bekerja penat, dan berbuka hanya dengan air manis. Di zaman daku belajar dahulu, seringkali daku terlalu banyak kerja yang ingin dilakukan, sehingga tiada masa untuk makan pagi, tengah hari dan petang. Hanya selepas bilal mengalunkan azan maghrib, baru daku sedar seharian daku tidak makan.
Dan dari pemerhatian daku juga, majoriti dari mereka yang berbuka, kononnya keletihan berpuasa, berasa segar kembali walima dengan seteguk air sahaja untuk berbuka. Keseluruhan hari yang meletihkan, kemonyokan muka kekurangan air, kekurangan bercakap dan keceriaan kerana aroma mulut yang semerbak, semuanya hilang dengan hanya beberapa teguk air.
Daku seperti mama daku, nenek daku serta keseluruhan pakcik dan mak cik sebelah ibu daku, kami semua tidak berapa gemar bersahur, kerana perut tidak dapat menerima makanan dan minuman, rasa tidak selesa mulut dan tekak serta perut di awal pagi.
Oleh itu, kepada semua muslimin muslimat sekalian, fikir-fikirkanlah jika ingin tidak berpuasa, melainkan datang musim anda, tidak ada sebab yang kukuh untuk tidak berpuasa, setakat tidak makan sahur, pasti ada sehari dalam hidup di mana anda tidak dapat makan. Anda sendiri lebih mengenali diri anda, buatlah persediaan jika tahu ingin berpuasa.
Suatu pembaziran jika peluang yang diberikan Tuhan ini tidak di gunakan sebaik-baiknya. Inilah masa untuk menjinakkan nafsu makan anda, inilah masa sistem penghadaman anda ingin berehat, inilah masa untuk anda menyelak kembali dan membaca dengan penuh kefahaman helaian kitab Allah SWT. Keputusan di tangan anda, tiada lagi syaitan maha penggoda di bulan ini, yang ada hanyalah diri sebenar anda.
Terima kasih kerana membaca..
Mari berbuka puasa
Salam 1Ramadhan.
beberapa hari minggu yang lalu, daku di beri kesempatan untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Topicana Golf and Country Club. Di atas jemputan oleh salah seorang pembekal, Arachem (M) sdn bhd. Inilah dia tempatnya.
Abaikan seketika bahawa inilah masanya sepatutnya kami di antara ahli penjaga kualiti makanan saling bertukar-tukar idea, teknik, peralatan, informasi mengenai sains makanan, (daku menggunakan frasa sepatutnya kerana sekali lagi daku tidak mempedulikan semua itu, makanan dan peluang berjumpa sahaja bagi daku sudah memadai di jadikan pengalaman bagi daku, walhal, berkongsi pengalaman itu juga penting. )
Daku memulakan berbuka puasa dengan bacaan doa, makanan manis, kuih-muih serta beberapa teguk air jus Oren. Sesudah sepinggan itu, daku menuju ke surau berdekatan, menunaikan solat maghrib. Sesudah itu lagi, daku memulakan misi makan-makan dengan makanan yang bakar dan goreng. Makanan utama dan berat hanya sekadar di pandang, kerana daku tahu jika daku mula menghadap mee goreng, mahupun nasi,pasti sudah kenyang dan tidak lalu makan lagi.
Makanan berasakan roti, gandum dan tepung pula menarik perhatian daku. Pinggan bagi pusingan kedua di penuhkan dan di hadap perlahan-lahan. Beberapa ahli kualiti makanan berselang seli berborak, daku tidak mempedulikan semua itu, sesekali ada jua bertanya soalan kepadaku, namun daku jawab ringkas sahaja.
Sesudah agak kenyang dan tenang, daku mula memulakan perbualan, sampuk penceritaan dan turut sama bergelak sakan. Daku cuba untuk tidak kelihatan janggal, tetapi sewaktu rancak berbual, perut daku sudah mula bergelodak, mungkin penangan beberapa teguk jus oren ph4 yang daku enak minum sebentar tadi. Dengan muka agak macho dan tenang,peluh di dahi di kesat, daku meminta diri sebentar dan mula melilau mencari tandas. Setelah hajat di selesaikan, kembali mula misi makan-makan.
Pusingan terakhir sesi makan ini diselangi dengan makanan pencuci mulut seperti kuih, buah-buahan, air panas, konfeksi ais dan pasang telinga sahaja mendengar cerita. Daku dihantar ke stesyen KL Sentral, menaiki rapidkl tren, transit perjalanan ini sering daku gunakan ketika daku menjalani praktikal di kilang F&N Dairies Petaling Jaya. Seronok juga sesekali menjalani semula zaman dahulu daku.
Berakhirlah hari yang daku nanti-nantikan. Walaupun di awal harinya otak daku berserabut dengan audit dari Bahagian Servis Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hari itu berakhir dengan sempurna dan kekenyangan. Tidur daku juga dalam keimanan. Amin.
Terima Kasih Kerana Membaca. .
Kad-dhang2 (Nujum Pa’ Belalang )
Kadang-kadang,
rasa menyampah dengan melayu ini. Memang di ketahui ada beza di antara melayu dan Islam, di mana Islam boleh mendidik seorang melayu menjadi manusia tetapi seorang manusia bangsa melayu tidak semestinya terdidik dengan Islam.
Cabaran terbesar bagi seorang lelaki Islam di dalam bulan Ramdhan ini adalah menjaga mata, tidak memandang dengan penuh buas, ( agak ganas bunyinya, tukar kepada berahi ) ke arah kaum hawa yang bebas dan senang hati berfesyen, pakaian berwarna girang, bersingkat, berdedah dan berketat.
Tidak salah berfesyen, daku tahu jiwa muda, naluri wanita ingin cantik di mata, bangga dan sedikit riak pabila di puji, tetapi apakah sekali beri peluang kepada mata sang mata teruna ini berehat, mulut ini dari berhenti mengumpat.
Penat, mengganggu pengumpulan pahala puasa kami, dan sungguh tidak bersifat kelelakian sifat mengumpat itu.
Bukan mahu meminta menjadi munafik, berpura-pura dan sebagainya, tetapi mudah sahaja menghormati bulan Ramadhan ini. Tahu kamu tidak suka bertudung, tetapi apa salahnya pakai baju yang longgar sedikit, lengan tidak nampak bulu ketiak, seluar yang tidak berapa ” legging”.
Baik, jika kamu tidak selesa berpakaian agak baik dan beriman begini, tahu kamu rasakan diri kamu baik, bla-bla-bla, daku minta kalian jaga pakaian kamu dalam sebulan puasa ini sahaja, Cukuplah puasa kami setakat memaki hamun sahaja. Dosa lain rasanya tidak perlulah.
Nukilan daku ini bukanlah berniat ingin bangga diri dan berlagak. Niat daku cuma ingin membantu setakat yang termampu. Kadang-kadang benda yang daku nukilkan lain perancangan daripada yang di fikirkan. Tidak mengapa, itu perkara biasa.
Biarlah daku ke pasar Ramadhan di jamu mata dengan makanan yang menggoda daripada menjamu mata dengan betis putih melepak, peha yang kurus bagaikan batang pencawang TNB, baju yang menampakkan susuk badan dan perut itu, tudung yang nampak bayang-bayang rambut. Daku juga ingin pergi, bekerja dan pulang dari bekerja dengan dosa yang minimum, peratusan mata daku menelanjangi tubuh bini orang kaum hawa tidak menjadi majoriti dosa daku hari ini.
Terima Kasih kerana membaca.
Dugaan Ramadhan
Tidak sampai seminggu bulan Ramadhan di tempuhi, ada dugaan dan peringatan telah di berikan dariNya kepada hambaNya, sebagai peringatan, maksud yang tersirat, di sebalik bulan yang penuh keberkatan ini.
Sebelum nikmat di berikan, sebelum kemenangan di sambut, sebelum apa-apa sekalipun, Tuhan itu maha adil sekecil-kecil lalai pun akan diberikan peringatan, dan tidak lupa juga, sebesar-besar kebaikan akan di berikan ganjaran, biarkan tidak kelihatan di muka bumi ciptaanNya ini, Syurga nan indah di sana, di janjikan segala-galanya, kecil mahupun besar, dosa mahupun pahala, baik atau jahat.
Kadangkala pabila di uji sebegitu hebat, kita terus sahaja memanjatkan doa kepadaNya, hanya meminta keampunan, hanya teresak-esak dalam kehibaan meminta seribu kemaafan dariNya di atas keterlanjuran dosa yang tidak putus-putus di lakukan, tetapi di pihak jasad tidak kekal ini, apa tindakan yang kita lakukan? Adakah cukup semua itu? adakah kita benar-benar insaf? adakah kita berjanji tidak melakukan lagi kesilapan itu? Adakah berusaha itu berterusan?
Bersyukurlah lalai itu tidak terus bersarang di jiwa. jangan terlalu di kejar kemewahan di dunia,. tugasan yang di berikan sebagai manusia perlu di terteruskan, ingatlah jua tanggungjawab sebagai hambaNya.
Bermonolog dari sekadar pengalaman, mengambil iktibar dari pemerhatian. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Muhasabah diri di atas segala ujian dari Nya.
Terima Kasih Kerana Membaca.
I knew it!!
Yes, you all read it right, it is “knew“, not “know“, it is a past tense, something that will happen in the future, but you know it that will happen, you put much confidence’s towards it, you know it will happen, and you just waiting it.
Like my early blog posts, newest is this post, and the ever first quarrel with someone I should respect but under circumstances I had to put that aside, this one to be exact, and bringing to this post. Also the one I wrote to my dearest ex, although I knew either way, she wouldn’t believe it. let that particular post alone past.
The main point is I knew when I post something regarding what I felt towards the world and people’s the most, It will make everything from bad to worse. There will always be that particular person what I wrote about him or her. And before I knew it, the sulking started. This is possibly that person doesn’t really understand WHAT I want to write, the way I want to describe the person, all the metamorphic I used, it is easily to cramp your brain. I am the one typing, imagine how my brain suffers.
I knew I am indeed a harsh person, the way I talk, the face I make, all of it adding to my blog wouldn’t made everything clear, worst for sure. But I accept it, from the first day I type this blog, I knew it, this would make my life more miserable, more people will hate me. That’s fine, I accept it, for better or for worse.
So kept being a silent blog reader, keep clicking my YM status, kept reading and made your own interpretation, twist the story as you can. I know at the end, My main point will be not be the way it should, in fact, it doesn’t matter, what you think is most important. There are many people came to me and commenting of how I wrote this blog, they doesnt understand. That OK with me, there are some people whom understand me.And hopefully that person are the lucky one.
I had this habit, and I knew it is not good, but on the good aside it rather help me, to being where I am right now. Talkative is a good habit, in any way you used it. Same with this blog, it is how ypou accept it. But I didn’t back talking about you, just stating fact, and if that fact is good, improvise it. If it is bad, repair it.
Thanks for reading.
Pengaruh Kawan
Kadangkala, kita telah cuba yang terbaik, namun pastinya, ia masih tidak cukup.
Pergeseran dan tidak sebulu sefahaman pasti berlaku dalam persahabatan, setiap orang di besarkan di dalam persekitaran, orang dewasa dan keluarga, zaman yang senantiasa berubah dan lain-lain.
Jika ada perselisihan faham, cuba cari penyelesaian yang terbaik, yang menguntungkan kedua-dua belah pihak, tidak menyusahkan orang lain yang paling penting. Daku tidak tahu jika orang lain, tetapi daku amat menci benci apabila daku bercakap, tiada respon, mendiamkan diri, melarikan diri, mengabaikan dialog, tidak memandang.
Susah sangatkah? Ego sangatkah? matang sangatkah kamu jika kamu membuat keputusan sedemikian? Rasa bangga tunjuk muka ego itu? Sampai bila nak berlaku begitu? Suka tengok daku tiada kawan?
Daku telah biasa hidup keseorangan, ada kawan gembira, tiada kawan lagi gembira, daku tidak suka mengikut orang, daku ada prinsip dan cara hidup yang tidak perlu mengikuti dan di ikuti. Tetapi bolehkah kamu?
Datang tempat orang, berselisih depan mata, boleh diam sahaja, tegur kamu tetpi seperti menegur tembok yang tidak bernyawa. Memang daku sakit hati. Tahniah, misi kamu berjaya, beri tepukan untuk diri kamu sendiri, ataupun, mari daku tolong beri tepukan bergema.
Daku tidak tahu, sama ada kamu sendiri yang ingin bertindak sedemikian, ataupun kawan kamu yang menabur fitnah terhadap daku. Memang, daku tidak baik seperti yang kelihatan, tetapi bagaimana pula kawan kamu, diri kamu, baik sangatkah?
Daku bukan ingin menambah cerita, tapi jika benar kamu ingin menjadi orang tengah, dengar dahulu cerita kedua-dua belah pihak, bandingkan dan mana yang sama itulah kebenaran. Jamgan rela hati menjadi bias, sebabkan kamu satu jantina, sebabkan dia rakan baik kamu, satu tingkat dengan kamu bekerja, lakukan akitiviti riadah bersama-sama.
Apa yang daku nampak, kamu sendiri yang telah di pengaruhi. Jadi selidikilah diri kamu. Dan jika selepas itu, masih sama juga cara daku di layan, daku minta maaf di atas masa yang di habiskan memahami situasi sebenar.
Terima Kasih Kerana Membaca.



![Lazy Lass [eXPLoReD] Lazy Lass [eXPLoReD]](http://static.flickr.com/7083/7272226034_3d95aba441_t.jpg)

