Al-fatihah buat ayahanda daku..

Salam Syawal.

Masih lagi dalam emosi berkabung, di atas pemergian ayahanda tercinta, Ramli Bin Mohd Rashid, telah pergi menyahut seruan Illahi pada tanggal 20 september 2010 bersamaan 11 syawal 1431 hijrah pada jam 5.40 pagi di rumah kami di Taman Keramat.

Pemergian beliau pada umur 57 tahun, selang beberapa bulan dari tarikh hari lahirnya pada 30 Disember . Sesungguhnya malaikatul’maut telah mengambil nyawa beliau dengan senang, tanpa penyeksaan.

Penderitaan ayahanda daku melalui hampir 5 tahun komplikasi penyakit-penyakit beliau telah berakhir dengan pantas, di atas peha daku, melalui permintaan beliau yang mahu meninggal di sisi keluarga tercinta dan di dalam keadaan yang bersih.

Semoga roh ayahanda daku di cucuri rahmat, di ampunkan segala dosa-dosa, di halalkan makan minum hutang piutang dan sesungguhnya kami sekeluarga redha di atas pemergian beliau.

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekalian yang tidak putus-putus memberi panggilan ucapan takziah, teks pesanan, status di YM dan FB, serta menghadiri majlis tahlil.

Insya allah post selepas ini akan berkaitan dengan diri beliau, memoir ayahanda daku dalam kenangan. .

Terima kasih Kerana Membaca. .

Advertisement

About keramatKL

Born on 1st December 1986 in Kllinik Samuel, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. A graduate student of POLISAS, Kuantan, Pahang, Malaysia in Diploma of Food Technology. Currently work as a QA in Kyros Food Industries Berhad

Posted on 23/09/2010, in More and more emo's, My Public Diary. ., story telling, What I felt. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. salam shah..

    takziah. kuatkan semangat. sy tau sy sekadar mampu bercakap tp x merasai apa yg awak rasakan sekarang. tp sy doakan awak dan keluarga tabah hadapi dugaan ni. dan semoga arwah ayah awak ditempatkan bersama golongan yang dikasihiNYA….

  2. Amin. . . .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.