Daily Archives: 28/09/2010

Dalam menghadapi masalah.

Kita menghadapi masalah, hari-hari, kecil dan besar, bahaya atau tidak, sedar atau separuh sedar. Namun dalam beribu-ribu masalah dan dugaan yang kita hadapi, samada masalah itu telah kita hadapi lalu di uji sekali lagi atau masalah itu pertama kali kita hadapi.

Bagi mereka yang pernah menghadapi sesuatu masalah, situasi yang sama mahupun terlebih suda atau sama dengan terdahulu, adakah mereka benar-kenar memahami kronologi berputiknya masalah itu? mekanisma masalah itu dari bagaimana dai ia tidak menjadi masalah pada mulanya namun semakin berkembang hingga terjadi tidak terkawal dan akhirnya memakan diri sendiri.

Mungkin ,masalah itu akan di selesaikan oleh orang lain, di selesaikan oleh sendirinya tanpa di sedari dan paling enak sekali di selesaikan oleh diri sendiri.

Namun jika di takdirkan masalah itu kembali menguji kematangan diri kita, adakah kita belajar apa-apa dari pengalaman hidup lalu? adakah kita masih cemerkap dan kelam-kabut dalam menghadapi masalah yang berulang kembali? Adakah kita telah bersedia dan mampu menangani masalah itu dengan jayanya?

 Jika sesuatu masalah yang pernah kita hadapi, kita mampu dan berjaya untuk menyelesaikan dengan tiada bantuan orang lain, atau setidak-tidaknya kita mampu merangka pelan bagi menundukkan kebarangkalian masalah itu dari tidak di tangani, maka dengan izinNya kita akan mampu, bukan sekali, bahkan berkali-kali, berbagai bentuk dan situasi.

Bagaimana pula bagi mereka yang pertama kali menghadapi sesuatu masalah, dan tanpa befikir secara rasional dan matang, memberi penyelesaian secara hentam keromo sahaja, tindakan secara semborono dan hanya perlu di selesaikan secepat mungkin, tanpa memikirkan bahkan mempeduli komplikasi dan akibat dari tindakan tidak bertamadunnya.

Belajarlah dari pengalaman, dari orang lain, dari pemikiran kritis dan kreatif,atau sekurang-kurangnya berusaha bagi merendahkan kebarangkalian komplikasi masalah itu menjadi majoriti daripada masalah yang akan menhantui diri kita.

Jika sesuatu pekara kita tidak ketahui punca dan munasababnya, ketahuilah terlebih dahulu, dari punca akan timbul penyelesaiannya. Kalau tidak tahu katakan tidak tahu, kalau tahu katakan tahu. Cuba jadi mereka yang tahu masalah itu, mampu menyelesaikannya, dengan seorang diri, tanpa pertolongan orang lain, dan sentiasa memikirkan komplikasi dari tindakan itu.

Terima Kasih Kerana Membaca. . .

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.