Salam Takziah untuk Ismail Naqiudin Hamdan

Sekitar jam 6 pagi, ketika daku terpisat-pisat mencari kaca mata daku, daku terpandang telefon bimbit daku, mempunyai satu mesej daripada rakanku, Suhaimi Shahrin, mengatakan pemergian ke rahmatullah rakan seperjuangan daku di Politeknik dahulu, Ismail Naqiudin Hamdan, atau lebih mesra dengan panggilan abang mail. Innalillah. Al fatihah.

Arwah abang mail bersama Sya’rani

Terkejut dan tersima dengan berita itu, mengimbas kembali zaman daku di POLISAS itu, sekitar tahun 2006, kamsis A mengalami naik dan bangun, teguh berdiri bersama dan jatuh tersungkur juga bersama, dengan bantuan AJK-AJK nya, yakni kami semua. Tidak seperti mana-mana sistem organisasi kamsis Politeknik, kami di beri peluang sepenuhnya mengurus seluruh pentadbiran kamsis, setelah di beri garis panduan dan perancangan aktiviti tahunan.

Ciri kepimpinan beliau

Maka dengan itu, kerusi YDP atau Yang Di-Pertua kamsis senantiasa menjadi kerusi panas yang sering di persoalkan kewibawaan mereka yang menyandangnya. Dan dengan pengalaman, ilmu agama dunia akhirat dan paling penting sifat merendah diri dalam dirinya, Arwah abang mail ini berjaya mengemudi kamsis dengan jayanya, seimbang dunia dan akhirat, walaupun terpampang keletihan di balik garis matanya dahulu daku perhatikan.

Segak bergaya berbaju batik biru

Mungkin dan mungkin setenang ini muka beliau di saat-sat akhir hidup arwah

berikut adalah antara sedikit sedutan laporan akhbar, terima kasih kepada BERNAMA dan blog abang Firdaus.

dan sedikit info mengenai arwah abang Mail, terima kasih kepada abang Firdaus.

. . . .  Allahyarham Ismail bersekolah di SMA Ehsan,Tanjung Lumpur kemudian ke Kuliah di Pekan,Pahang. Bersama di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan dan menyambung peringkat ijazah di UNITEN. . .

. . . . . Juga seorang ustaz di Pusat Tahfiz Al-Hafizin,LKNP.Allahyarham begitu merendah diri.Acapkali menumpang kereta beliau , setiap tutur kata pastinya ada terselit tazkirah bermakna. . . .

Satu insiden yang membuatkan daku amat menghormati beliau adalah sebarang kerja yang tidak dapat di selesaikan AJK lain, walau dari segi aspek sekalipun, rujuklah kepada beliau, Insya allah samada memberi cadangan penyelesaian aataupun beliau sendiri yang akan selesaikan. Dimana lagi kita dapat berjumpa seorang pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah dengan diri sendiri, tenang dan lemah-lembut.

Mukanya setenang air tidak berkocak

Dan juga sifat ketara beliau adalah tenang, bercakap perkara penting sahaja dan lemah lembut dalam apa sahaja tindakan dan percakapan beliau. Kepada mereka yang mengenali, kurang mengenali, tidak mengenali arwah, tidak lokek pahala kalian untuk hari untuk menyedekahkan  Al-fatihah untuk arwah terutamanya, dan juga untuk mereka yang telah di jemput Illahi terlebih dahulu.

Beliau suka memasukkan tangan ke dalam poket

Di sini di selitkan beberapa gambar kenangan diri beliau, yang akan segar dalam ingatan kami yang mengenali peribadi beliau, sifat mahmudah diri beliau, kepimpinan beliau. Al-Fatihah. .

Juga di selitkan  mengenai rakan Tabligh atau Karkum di Kamsis A POLISAS dahulu, pemergian beliau dalam menguruskan agama namun tidak di pastikan bilakah tarikh tepat pemergian beliau.

Kali terakhir daku berjumpa beliau adalah sekitar tahun 2008, di bilik daku, blok C, kamsis A, POLISAS. Ketika itu beliau baru pulang dari belajar mengenai Islam di India, Bangladesh dan Pakistan. Al fatihah juga buat beliau, Lutfi Bin Hood.

Terima Kasih Kerana Membaca. . .

 

Advertisement

About keramatKL

Born on 1st December 1986 in Kllinik Samuel, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. A graduate student of POLISAS, Kuantan, Pahang, Malaysia in Diploma of Food Technology. Currently work as a QA in Kyros Food Industries Berhad

Posted on 06/11/2010, in Islams my religion, My Public Diary. ., People I have met. Bookmark the permalink. Leave a Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.