Monthly Archives: December 2010

Posto terakhir 2010

Salam perkhabaran, berbaki lagi beberapa jam dalam tahun 2010, maril lihat semula azam daku pada hari terakhir tahun 2009. Apakah yang daku idamkan dan adakah semuanya telah daku capai?

  1. Komputer Rumah (Desktop)

  2. Telefon bimbit

  3. Cermin mata baru

  4. Baju-baju Baru

  5. Seluar Jeans

  6. Set bilik Tidur

  7. Beg duit dari Quiksilver

  8. Sebuah kereta idaman sedan bukan jenama malaysia

Dan dengan ini di umumkan bahawa sanya daku telah berjaya memenuhi kehendak nafsu bermewah-mewah daku dengan menyusun beberapa harta duniawi dan mengimpikan untuk membelinya. Dengan ini juga daku telah berjaya membeli barang-barang berikut, Alhamdulillah syukur kepada Tuhan.

yang pertama (#1 ) ; Acer e-Machines ET1861

Spesifikasi:

  • Processor: Intel Core i3 530 2.93G (QUAD)

  • Processor Frequency: 2930MHz

  • 2 cache (KB): 2 × 256KB

  • Processor FSB: 133MHz

  • Memory size: 2GB (DDR3)

  • HDD Type: 500GB SATA hard drive 7200 rpm

  • Optical Drive: DVD drive

  • Display: Acer G205H 20″ LCD Widescreen

  • Intel HD graphics card

  • Sound Card: Onboard sound card

  • Keyboard / Mouse: USB keyboard, mouse

  • Operating System: Windows 7 Home Premium

Yang Kedua (#2) :

Sebenarnya daku telah beli 2 telefon bimbit tahun ini iaitu Nokia 5800XPRESSMUSIC.

dan juga Sony ERICSSON Zylo;

Yang ketiga (#3); Cermin mata baru. .

Yang ke empat (#4) ; beberapa helai baju leher bulat dari QuikSilver;

Yang ke lima (#5);Seluar Jeans baru dari Lois Jeans (juara bola sepak dunia 2010)

Yang ke enam (#6) ; Set bilik tidur ( tilam ibunda yang belikan)

Yang ke tujuh )#7); dompet wang dari Quiksilver;

Dan yang terakhir adalah kereta Peugeot 207 Sedan bewarna perak;

Sebenarnya azam tahun 2010 daku yang terakhir itu adalah hadiah khas untuk ayahanda tercinta daku tahun ini, namu apakan daya, bukan rezeki beliau untuk melihat hadiah ulung ni.

Untuk azam daku bagi tahun 2011 tidak terfikir lagi, kerana memikirkan untuk menyempurnakan azam tahun 2010 di saat-saat terakhir. Tetapi yang pertama daku terfikir adalah membayar cukai tahunan dan Insurans kereta tahun hadapan.

Buat kalian, daku ingin mengucapkan selamat Tahun baru 2011, semoga tahun ini lebih baik dari tahun hadapan dan semoga tahun hadapan daku mampu dan ada dalam membahagiakan dua tanggungjawab daku ini.

Terima Kasih kerana Membaca. .

Sekeping Kertas, Segunung Mentaliti

Salam sehari sebelum hari terakhir tahun 2010.

Daku tahu, masa kini sekeping kertas dapat membezakan antara manusia. Walaupun segalanya sama, tetapi dek kerana perbezaan sekeping kertas , membezakan antara kita manusia.

Walaupun zaman pengajian daku tidak begitu membanggakan, tetapi dengan sekeping kertas ini daku mampu hidup di dunia ini dengan selesa, dengan titik peluh diri sendiri. Sungguh, itu tidak dapat daku sangkal. Tetapi mengapa perlu kita mempersoalkan mengenai kertas sekeping itu?

Ramai daku perhatikan, sering sahaja menggunakan  sekeping kertas itu sebagai medium meghentam seseorang. Orang itu berjaya dengan jawatannya kerana ada sekeping kertas, orang itu bijak dan sekeping kertas itu sebagai buktinya, orang itu bodoh dan kerana dia tiada kertas itu ternyata kebodohannya. Orang itu tersilap membuat percaturan atau pilihan, ternyata dia tidak layak mendapat sekeping kertas itu.

Kadang-kadang bukan sahaja antara kasta-kasta pemegang kualiti kertas itu saling mempersoalkan antara satu sama lain, tidak ketinggalan juga antara mereka yang sekeping kertasnya di peringkat rendah itu sering menghentam kami ini.

Kenapa perlu persoalkan sekeping kertas itu dengan diri kami? Sekeping kertas itu hanya dapat membezakan kualiti hidup antara kita tetapi kami masih lagi insan yang kerdil di sisiNya, masih lagi manusia, masih lagi mampu melakukan kesilapan. Di akhirat nanti sekali pun kami tidak pasti adakah sekeping kertas kami ini melayakkan kami dengan pastinya ke dalam Syurga Firdaus.

Kami juga pasti jika kalian di berikan peluang, masa, sumber kewangan, bebas dari sebarang masalah, kamu juga mampu membuat yang lebih baik dari kami. Dan sekelumit hasad dengki pun kami tidak terlintas di hati kami kerana bagi kami jika kamu layak mendapat sekepig kertas itu, kamu layak untuk memberi arahan kepada kami, seperti yang kami lakukan sekarang kepada kamu.

Tolonglah, kikis mentaliti itu, segala yang kami arahkan, yang kami cadangkan, kamu boleh terima dan kamu boleh tolak, tetapi fikirkan rasionalnya bagi idea kami itu, ada penyelesaian  bagi setiap masalah di dunia ini, dan jika kami tidak mampu menyelesaikan, kamu boleh juga membantu, dengan peluang yang di beri gunakanlah sebaik-baiknya.

Terima Kasih Kerana Membaca.  .

 

Semuanya berjalan Lancar

Salam minggu terakhir di penghujung tahun 2010.

Dalam satu hari sepanjang tahun pasti ada suatu hari di mana semuanya berjalan lancar, tiada masalah besar mahupun gangguan yang mampu merencatkan kelancaran hari sehingga kita kembali tidur di atas katil di akhiri dengan sebuah senyuman lebar.

Hari ini boleh di katakan semua berjalan lancar, walaupun paginya daku tersentap sedikit kerana agak terkejut dengan nada bunyi “alarm clock” telefon bimbit daku. Duh. . Dalam jam 6.30 pagi sudah berjalan macho ke stesyen bas sambil mencari jodoh di perhentian bas. Namun ke”macho“an itu semua cair dek menunggu bas hampir setengah jam. Dikala jam 7.25 (lewat hampir sejam dari kebiasaan ) bas muncul dan rosak 10 minit kemudian. HATI KECEWA.  .

Patah hati dan di serang penyakit kemalasan, daku menaiki bas dari arah berlainan, pulang ke rumah dan menghantar mesej melaporkan kemalasan dugaan yang melanda daku hari ini sambil meyakinkan daku tidak dapat hadir ke kilang untuk hari ini. Setelah daku menambah kandungan isi perut daku dengan pulut kuning dan Randang Dagiang, daku kecundang dengan godaan bilik sejuk dan gelap daku, terkulai terlena terjelepuk pagi itu.

Bangun di sekitar jam 10.30 bagi menjalankan urusan daku, semuanya berjalan lancar dan tengah hari ini daku bersantap dengan hidangan Ayam Penyet (AP) di Wangsa Walk Mall bersama ahli keluarga tercinta.

Restoran ini pasti menarik dari jauh kerana ramai yang musykil apa itu ayam penyet.

Dan ini adalah makanan Trade mark mereka, Ayam penyet, rangup di luar, lembut di dalam, memang terbaik dari ladang!

Dan ini selepas 30 minit kami bersantap. Ayam penyet, sup bakso, pecel lele dan teh Indonesia Ais. Resepi terbaik Minang dan Jawa.

Harap-harap hari-hari mendatang akan di permudahkan olehNya. Amin. .

Terima Kasih Kerana Membaca. .

p/s; nombor apakah ini: WUT 8612?

Kenduri Tahlil 100 hari

Pada 25 Disember 2010 yang lalu, keluarga daku telah berjaya menganjurkan majlis tahlil 100 hari bagi terus memperingati pemergian ayahanda tersayang daku, Ramli Bin Mohd Rashid.

Ribuan terima kasih yang dapat hadir pada majlis, kerana sebarang majlis tidak akan bermakna tanpa kehadiran orang ramai, lebih-lebih lagi bagi majlis Ilmu yang di anjurkan.

Terima kasih kasih juga kepada mereka yang daku ajak dan jemput, namun dengan beradabnya menolak pelawaan daku ke majlis di atas urusan duniawi lain. Tidak mengapalah, kita tidak mampu memaksa sesama manusia lain, semuanya di atas ketentuan Allah SWT.

Terima kasih lagi sekali dari daku. Sekian.

Terima Kasih Kerana Membaca. .

Jika di takdirkan kita akan berkahwin. .

Detik dan tika lamunan daku semasa melayan emosi, seringkali daku terfikir,

” apakah yang paling penting sekali dalam membentuk sebuah perhubungan yang kukuh?”

Perhubungan yang di maksudkan adalah perhubungan cinta lelaki dan perempuan. Seriuslah, bagi orang bercinta, benda apakah yang mengekalkan cinta mereka? Perkara apa yang mereka amalkan? Peraturan yang mereka patuhi? Bagi daku satu sahaja.

Hormat sesama pasangan, percayakan tindakan dan keputusan pasangan dan gunakan kepercayaan dan harapan yang di berikan oleh pasangan sebaik-baiknya. Bila di baca, kedengaran senang dan mudah, namun melaksanakan ini semua memerlukan kejujuran dan pengawalan diri.

Melaksanakan semua ini secara membuta-tuli mungkin bukan suatu tindakan yang bijak, bertindak mengikut keadaan, situasi dan atmosfera tertentu kadangkala dapat membantu meredakan ketegangan. Namun yang paling penting sekali adalah niat, yakni nawitu. Niat yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik manakala niat yang tidak baik akan menghasilkan keputusan yang tidak di ingini.

Bagi seorang wanita, apa yang daku perhatikan, ingin membentuk mereka supaya benar-benar menghormati seorang lelaki amatlah sukar. Samada secara suka ataupun sukar-rela. Bagi yang tidak memahami, seorang wanita yang ingin berkahwin haruslah patuh dan tidak membantah arahan sang suami. Mereka harus mengorbankan mulut-mulut mereka dan di kunci secara rela hati oleh si suami atau bakal suami mereka.

Anda boleh berbicara tidak perlu untuk patuh semua arahan bakal suami atau kawan lelaki teristimewa anda, memanglah, tidak perlu di turuti arahan sampah seperti ” bogel sekarang” atau “mari buat video lucah untuk tontonan selepas kahwin. . “, tetapi jika arahan mudah untuk menjaga kehormatan dan diri kamu pun kamu sangkal, nan bila pula kamu akan berlatih mematuhi arahan untuk kebaikan diri kamu?

Kenapa perlu mendegilkan diri kamu untuk untuk membuatkan orang yang benar-benar mengambil berat ke atas diri kamu terluka? Benarkah kamu merasai keseronokan dengan menyeksa jiwa dan raga orang yang mencintai kamu dengan sepenuh hati? Kamu sedarkah peluang itu datang tanpa membuat sebarang appointment?

Kahwin itu senang jika kamu mampu memberi kerjasama, dan kini pun kamu tidak mampu memberi kerjasama dengan baik, adakah perkahwinan bahagia untuk kamu? Daku tidak tahu, apa yang daku nukilkan ini benar, mungkin sahaja kamu itu benar, daku yang salah. Tetapi ikutkan logik, bagaimana?

Terima Kasih Kerana Membaca. .

Kau tak tahu apa yang aku tahu dan kau beri tahu aku apa yang aku tahu. .

Pernah tengok orang begini kah? Kononnya dia tahu semua, tapi kita lebih arif. Kadangkala, kita tahu sesuatu, tidak semestinya pakar mengenainya tahu bolehlah di di gunakan apabila si penipu ingin menipu.

Kisahnya lebih cenderung apabila dalam bercerita, kita memberitahu atau membincangkan sesuatu topik, kemudian dengan tidak semena-mena mereka memotong percakapan kita dan memberitahu segala-galanya, dari A ke Z, dari awal hingga akhir.

Semuanya kita tahu, kita fahami dan mungkin juga sedikit arif, kemudian ada seorang makhluk ini menerangkan kepada kita secara terperinci dengan muka yang berlagak. Agak atau memang mengjengkelkan bukan?

Bagi rakan kita atau mereka yang boleh di sepak dan di maki hamun, itu tidak menjadi masalah, bahkan ini peluang untuk memalukan mereka sambil memberi peringatan kepada kesilapan mereka. Tetapi bagaimana pula jika seseorang yang tidak boleh di tegur, seperti ibu bapa, orang yang lebih tua mahupun mereka yang tidak mampu menerima dengan lebih baik teguran dan peringatan?

Kerja kita, mungkin kita tidak begitu arif, itu terbukti kebenarannya, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu secara teori baik dan buruk, kelemahan dan kekuatan, cara untruk menangani masalah dengan lebih efektif dan tetap bertahan dengan segala yang menimpa. Anda rasanya tidak perlulah mengkritik bagi menjatuhkan, menegur sesuatu yang anda sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

Kalau setakat menegur benda yang kecil, tidak menganggu serta kebarangkalian untuk memusnahkannya, lebih afdal lagi jika membiarkannya seadanya, selagi ia tidak menyusahkan, apa salahnya kan?

Daripada menanggung malu di atas ketidak fahaman kalian mengenai sesuatu perkara dan berlagak poyo, lebih baik anda berterusan tidak lebih memalukan diri anda.

Tolonglah, benda yang daku tahu, tidak perlu  beritahu daku, terima kasih sahajalah, simpan kebolehan generik kamu itu jauh-jauh, tidak perlu tunjukkan kepada daku kebolehan kamu itu kepada daku. Daku menyampah dengannya. Tunjukkan kepada daku benda yang daku tidak tahu, benda yang daku ingin belajar dan perkara yang daku salah tafsir selama ini.

Terima Kasih Kerana Membaca. .

 

My Phone Revolutions, Part II

Just browsing my old post, bumped in this post, kinda like it and from last week, I want to update it. So this is it. For those kinda lost on what I am trying to explain, let alone hardly understands english, here check this post, in order of better understanding what today post is all about.

My first phone, Ericsson GA 628, while I am in former 2 back in Y2K.

Later by the end of former 2, changed to Nokia 3210

In year 2001, my late father gave me this phone Nokia 8250 a.k.a Butterfly. Why give it this nick name? Look at the nagivation button, just like a butterfly.

After getting good grade’s in my PMR, continued study in former 4 and 5 with this phone Nokia 3315.

After SPM, bought this one at Sungei Wang Complex with my first salary, Nokia 3100 for RM550

The most useful Cell phone that can be used. Currently I put it in back in the box;  Sony Ericsson K750i. Bought this somewhere in 2006.

My first touch screen phone, but only used it for 3 month, since battery problem. 02 Atom PDA Life Exec Music Edition. Windows Mobile 5.0 you know.

And this one bought it with her, and got destroy because of her also. Kinda’ irony, but I like it.

TThis S.E W380i got drowned in the water and can’t be used. Still good conditions from the outside.

Later I had this craving for higher technologies such as WIFI, 3G and touch screen or QWERTY keyboard. So I found this all-in-1 phone. got two candidates actually, Nokia E72 and Nokia 5800XpressMusic.

At first with all blackberry curve mania, I also want to get into the game and try using Nokia E71. At first kinda cool, looks like a executive. But later on, its hards to type message, as my finger will push 3 buttons at once.

Next I am trying this one, with only 3 buttons and I managed to keep in pace with carefully tapping on the touch screen. Still using it alongside with S.E Zylo. This phone is the best out of all the phone I have used, Nokia 5800XPRESSMUSIC.

While still using My S.E K750I as my second number, the phone gotten sicker and more problems occured. So This year I back on hunt for new phone, that will feeds my technology hunger. This time I want a slider phone. Between NOKIA X3 old one and Sony Ericsson w20 (Zylo), I had made my mind, back to Sony Ericsson, S.E rules!

According to my plan, Should I bought this two phone. But What can I say, we can only plan, only the Almighty confirms all. Good bye Nokia E65 and S.E W595.

Whats the next phone I will kept on liking?

Thanks For Reading

Nak marah ke Suka?

Arakian di satu petang yang sejuk dan redup namun sejuk kerana penghawa dingin terpasang, dua makhluk sedang berbicara dam seorang makhluk tekun bekerja sambil memasang telinga. .

A :

Eh, malam semalam nape ko moody jewk?

B :

Mase bile? aku tak pernah tak moody. lalalala.

A :

Ala, mase boy ko jemput ko keluar dari rumah la.

B :

Owh, mase tu. Erm, takde pape ah. Saje je suke-suki nak majuk dengan dye.

A :

Beda’ah sangat. .

B :

Isk, takde la. Malam semalam, dye ajak aku kuar makan. Aku kan dah makan dengan ko sebelum tu.

A :

Aha, OK. Lepas tu?

B :

Nak tak nak, aku temankan dye je la. Pakai ala kadar, tapi tudung pakai, seluar trek. Baju duk umah, agak seksi sikit jela. Bayangkan, aku dah keluar, masuk keta dye pun, baru 12 saat boleh dye pakse aku balik umah, tukor baju.

A :

Hehehe, aku ingat ko wat bibir terjuih boleh parut kelapa tue. Tapi dah memang betul la. Dye nak buat ko bakal bini dye kan, nak simpan la sikit nak tengok lepas kahwin nanti.

B :

Aku bukan ape, ko tengok la dye kan,ala-ala fahrin ahmad. .  punyer kening. Aku pun nak up sikit la, aku ni bakal bini dye, mesti la up sikit dressing aku, macam Juliana Evans ke. Tak kan la nak pakai baju macam tok wan dye.

A :

Itu yang dye nak ke, ko sendiri yang memandai? Dah memang betul tindakan dye kan, nak jaga ko. Dah la kite ni jauh di perantauan negeri orang, takde sedara mara, adik beradik pun nun jauh di mata. At least, bakal laki ko ada, boleh la dye jaga ko sikit.

B:

Erm, betul-betul-betul. . .

(nada seumpama upin dan ipin )

A :

So. . . Ko rasa tindakan dye ni betul ke salah?

B :

Lu pikirlah sendiri. . .

Terima Kasih Kerana Membaca. . .

Kenangan Terbaik AJK Kamsis Al-Ghazali POLISAS Jun 2006. .

Salam hujung minggu penghujung tahun.

Berpautan dari bual bersama Suhaimi Shahrin ketika terjumpa beliau di Wangsa Walk Mall di post blog daku bertajuk pada 1hb Disember 2010. Beliau ada meminta daku memasukkan post berkaitan satu video idea terbaik nukilan beliau, Danial, Ahmad Sairie dan ruginya malangnya tiada daku.

Slide show ini di persembahkan semasa majlis penutupan kamsis Al-Ghazali POLISAS, sesi Jun 2006. Seluruh kamsis (Kampus Siswa/Siswi) POLISAS yang terdiri daripada Kamsis A (Al-Ghazali), B (Al-Biruni) dan C (Ibnu Sina) berkumpul bersempena majlis perpisahan akhir tahun ini . Kesempatan ini di gunakan dengan sebaik-baiknya oleh beberapa pelajar Politeknik bagi menonjolkan kebolehan dan idea bernas mereka.

Kronologi cerita bagi video ini adalah begini. Para pelajar kamsis di janjikan sebuah video slide show oleh AJK Kamsis A, malangnya, pengacara majlis di kejutkan dengan sebuah pesanan bahawa cakera padat slide show itu masih belum siap dan sedang di bakar burn oleh seorang AJK kamsis ini. Keadaan makin menarik apabila kononnya terdapat siaran langsung mengenai masalah teknikal ini yang sedang dirakam. Yang menariknya, hanya para pelakon sahaja mengetahui cerita sebenarnya.

Cakap banyak pun tiadalah gunanya. Mainkan video ini, tutup suaranya, biarkan ia main dan sangkut kerana buffering, buka mel elektronik atau muat lagu terbaru di 4shared sementara itu. Dan apabila video sudah tamat, mainkan semula tanpa gangguan Buffering.

Sepatutnya ada lagi sambungan cerita di minit ke 3:22 di mana Ahmad Sairie keluar betul tetapi lewat sedikit dua saat di balik tirai baldu biru pentas memegang cakera padat, memakai persalinan pakaian yang sama, sedikit berpeluh dan tercungap-cungap. Kehadiran beliau di sambut sorakan bergema oleh bukan sahaja pelajar kamsis, malah tepukan berdiri oleh felo.

Dan kini walaupun telah hampir 4 tahun itu semua berlaku, sesiapa yang hadir pada malam itu pasti tersenyum dan masih lagi mengagumi video itu.

Saudara Danial telah bermurah hati memuat naik video tersebut ke youtube untuk ditonton oleh semua. Moga-moga dengan penjelasan daku ini kalian lebih memahami apa sebenarnya cerita di sebalik video ini.

Terima Kasih Kerana Membaca.  .

Pada 1hb Disember 2010

Mungkin Pastinya entri kali ini agak ketinggalan dari tarikh sepatutnya, tetapi daku pos kan jua demi mengenang kembali apa yang daku ada dan apa yang daku mampu beri, ku rajinkan diri memuat naik ke photo bucket dan meng “klik” pada pos baru.

Pada 1hb Disember 2010 yang lalu, telah genap umur daku 24 tahun, bermakna telah 24 tahun daku masih mencari-cari tapak yang stabil dan bekalan yang diperlukan bagi persediaan  daku sebagai seorang adik, seorang pak cik, seorang pekerja, seorang rakan, seorang hambaNya dan paling penting sebagai harapan kepada ibu daku, yang berada di sisinya selagi termampu.

Sesungguhnya, dalam daku mencari siapa yang daku ingin bimbing sebagai seorang isteri, acap kali daku terlupa dan lalai dalam membimbing yang telah sedia ada, yang telah daku di amanatkan , yang daku perlu utamakan dalam hidup daku. Mereka mungki mampu dan secara zahirnya tidak memerlukan daku, tetapi daku tetap akan berada di sisi, walaupun tiada apa sangat yang dapat di sumbangkan.

Jam sekitar 5 petang, daku bergegas keluar dari tempat bekerja daku, bersama kak Eirna, menuju ke stesyen bas, namun segera menahan teksi bagi menggunakan perkhidmatan mereka. Segera sampai ke Wangsa Walk Mall. Berjalan-jalan sambil memerhati tingkah laku manusia, alau terserempak dengan Shuhaimi Shahrin. Berjalan-jalan sambil mengenang kembali zaman kegemilangan kami di kamsis A POLISAS.

Sekitar jam 6.45 petang, kami menuju ke Kedai kek Secret Recipe. Mengambil kek Pecan Butterscoth idaman daku, terus sahaja ke kereta Encik Azril Fairul. Dan kami berbual kosong sementara sampai keMadam Lim’s cafe bagi sambutan. Terima kasih kasih pekerja cafe di atas layanan mesra dan memenuhi permintaan kami.

Dan ini adalah antara gambar yang sempat di ambil abang daku, terima kasih kepada beliau dan kamera Sony nya.

Daku yang beli, ini buktinya. . .

Inilah kek idaman Malaya, Pecan Butterscoth dari Secret Recipe. Berat lingkungan 2.3kg

Model 2 saat utuk kek ini.

Santapan daku untuk petang. Mee hape ntah.

Penyejuk tekak daku untuk malam itu.

Kek ini telah menjadi mangsa daku. .

Setelah 16 minit berlalu

Jadi berakhirlah sebuah sejarah sesi 2010. Mungkin akan wujud pada tahun hadapan pos begini. Sehingga ke temu lagi, salam.

Terima Kasih Kerana Membaca. .

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.