MATTA Fair 2011
Salam hujung minggu.
Seperti yang di rancang bersama ibunda daku, pada sabtu yang lalu, selepas membantu katering dan menghadiri majlis kenduri kahwin cucu rakan sekerja belaiu dahulukala di Holiday Inn Jalan Pinang KL (kini Impiana Hotel KL) kami mula menyusun langkah menahan teksi untuk ke PWTC bagi menghadiri sebuah majlis tahunan iaitu ekspo MATTA edisi ke 11.

Secara sasnya, ekspo ini adalah di bawah seliaan Malaysian Travel and Tour Agent (MATTA) bertujuan untuk mempromosikan kepentingan industri pelancongan di Malaysia. MATTA bekerja sama dengan Jabatan Pelancongan (Motour) serta Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB), membantu mengatur pameran, seminar, konvensyen dan bengkel baik untuk mencipta kesedaran masyarakat industri pelancongan serta menguntungkan anggotanya.
Hampir majoriti daripada mereka yang terlibat dalam mempromosikan industri perlancongan adalah dari syarikat dan agen perlancongan, yang mengatur dan menyelia perlancongan di mana-mana sahaja di dalam dan di luar negara mengikut kehendak pelanggan. Antara khidmat yang di berikan termasuklah berurusan dengan syarikat penerbangan, penyewaan pengangkutan, kenderaan laut, hotel, kereta api, dan pakej pelancongan yang menggabungkan beberapa produk serta agen jualan umum untuk syarikat ke luar negeri.
Terdapat juga agen dari rangkain hotel itu sendiri yang menyediakan pakej harga murah bagi rangkain hotel mereka, pihak pemasaran dari hotel-hotel itu sendiri, pihak pemasaran dari taman tema, agen jualan tiket kapal terbang dan wakil daripada kementerian perlancongan negeri mempromosikan negeri mereka.
Byaran masuk adalah hanya rm3.00 dan para pengunjung akan mendapat gelang tiket tangan, beg bimbit ketiak, panduan eskpo MATTA, dan sungguh banyak brochure, pamplet serta kertas-kertas.


Seperti ekspo yang lain, keadaan adalah sangat sesak, ramai orang, panas, bising dan sebagainya. perjalanan kami di rasakan lebih lama berbanding berada di dalam ekspo tersebut dan agak serabut dengan pekerja yang ramai. Sungguh daku masih larat lagi tetapi ibunda dan adinda daku kurang larat untuk berjalan jauh. Jadi kami pun pulang dengan minda yang tenang.
Terima Kasih Kerana Membaca. .
Posted on 14/03/2011, in More and more emo's, My Public Diary. ., story telling. Bookmark the permalink. Leave a Comment.



![Lazy Lass [eXPLoReD] Lazy Lass [eXPLoReD]](http://static.flickr.com/7083/7272226034_3d95aba441_t.jpg)


Leave a Comment
Comments (0)