Monthly Archives: May 2011
Sabah Bha part 4
Selamat dan salam hari Jumaat. .
Jadi pada hari kedua kami di negeri di bawah bayu, pagi daku dikejutkan dek sinaran pagi sang mentari pada jam 6.15 pagi. Berada di tingkat 12, langsir di buka luas, tidur mengiring menghadap tingkap, mata daku yang sensitif pada cahaya tangkas sahaja kesilauan dan terus membangunkan diri. Ketika itu daku tidak melihat jam dan terus sahaja bersiap. Sangkaan awal daku sudah jam 7 lebih dan daku harus bergegas bersiap untuk aktiviti hari itu.
Sesudah mandi, baru daku tergerak untuk melihat jam dan lantas daku teringat di borneo ini subuh dan maghrib awal sejam dari semenanjung. Tidak mengapalah, bagus juga bangun awal. Sekitar jam 7 kami telah bersiap untuk ke Poring Hot Spring, terletak di Ranau, selepas pintu masuk utama gunung kinabalu. Tetapi, yang lebih penting, kita makan dahulu. .
Coffee house di Xpress Cititel KK.
Coffee house xpress cititel kk, Xpress Diner.
Menu ringkas dan kami menyukainya. nasi goreng Cina bersama bebola ikan, hirisan kek ikan, sambal ikan bilis, ikan bilis rangup, hirisan timun dan kari ayam.
Pandangan sisi set sarap sarapan.
Minuman wajib di kala sarapan pagi hotel ; kopi hitam dan skuash oren.
Sekitar jam 8 pagi, kami telah di panggil oleh pemandu pelancong kami untuk aktiviti seterusnya kami, Ke Air Panas Poring dan kaki gunung Kianabalu. Dalm perjalanan nanti kami akan singgah untuk minum pagi di Aki Nabalu. Perjalanan menghampiri 2 jam memerlukan kami merentasi bandar KK, Tuaran, Tamparuli, Kundasang dan akhirnya Ranau. Separuh perjalanan kami singgah sebentar di Aki Nabalu, seperti bandar kecil untuk minum-minum, membeli sayuran segar, cendera hati dan cendera mata. Ditemani pemandu pelancong dan pengulas pelancong, kami menikmati kenyamanan gunung Kinabalu.
Pengulas lancong kami berbaju hijau Encik Abdullah, pemandu van pelancong Simon, ibunda dan adinda daku.
Menikmati kopi Ranau di Aki Nabalu.
Menikmati kopi Ranau, nikmat dunia.
Deretan rumah kedai di Aki Nabalu dan gazebo atau pangkin.
Kinabalu malu kerana di litupi awan yang terpilu.
Agak tinggi juga, kalau jatuh pasti sakit seorang-seorang meratapi keperitan.
Aki Nabalu ini terletak dalam daerah Kota Belud.
Cuaca mencecah 32 darjah celcius, tetapi sejuk sehingga terasa mencengkam tulang.
Dan ini antara cenderahati yang di jual ;






Menu makanan.Perhatikan harga untuk makanan bergoreng.
Hampir 20 minit di Aki Nabalu atau Gunung Nenek Moyang dalam bahasa Kadazan-Dusun, kami meneruskan perjalanan ke Poring. Dan hampir sejam perjalanan melepasi bandar Ranau, kami sampai jua. Dan inilah dia, Poring Hot Spring.
Pejabat Pentadbiran mereka.

Berposing di peta pintu masuk taman.
Pintu masuk melalui sungai Mamut.
Deras itu sungai Mamut ini.



Daku letak tangan di batu tanda Air Panas Poring.
Ibu dan anak.
Kamera yang ingin di bawa masuk juga dikenakan yuran kemasukan.
Memang kawasan untuk bermandi terbuka, mandi ramai-ramai, boleh cuci mata, boleh tambah dosa.
Disediakan tab mandi untuk mandi secara individu. Mandi panas di waktu tengah hari.
Abaikan beg “pouch” yang daku pakai di bawah baju itu.
Kita rendam kaki dalam air yang di bakor!
Ibunda daku juga kepedihan kaki merendam di dalam air panas ini.
Cubaan untuk menggelegakkan otak daku, namun kurang berjaya kerana daku keras kepala.
Bersambung lagi kerana terdapat banyak lagi gambar yang daku ambil. Sehingga ketemu lagi.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Sabah Bha part 3
Salam hujung minggu.

Beginilah lebih kurang bilik kami menginap. Teruja dengan televisyen biskut yang melekat di dinding, di rumah teda bah..
Setelah sampai di hotel penginapan untuk kami untuk 4 hari berikutnya. Berguling-guling sambil membuat aksi “smack down” dan bergulung dengan “comforter” sambil menahan sejuk dari air cond bagaikan tiada “air-cond” dalam bilik sendiri, daku berbincang dengan ibuku untuk ke CENTRE POINT Sabah bagi melakukan aktiviti senaman mengeluarkan duit dari beg duit secara berkali-kali.

Tempat yang menjadi tumpuan dan sebutan rakan-rakan daku dari Sabah. Bagaikan Mega Mall Kuantan versi Sabah ini.
Sedikit terkejut kerana ketika daku memasuki CentrePOINTsabah ini, jam menunjukkan lebih kurang jam 6 dan kelihatan sudah senja. Lantas daku teringat, Borneo sejam lebih awal dari Semenanjung Malaysia. Jadi matahari terbit sekitar jam 6 pagi dan matahari terbenam sekitar jam 6 petang. Setelah membeli stok air mineral dan kudap-kudapan, kami ada bertanya dengan pekerja hotel tempat yang menarik untuk makan dan makanan seperti goreng-goreng, lalu kami di tunjuk ke Waterfront Sabah. Agak kecewa kerana tempat itu dipenuhi bar dan pub minuman keras. Nasib baik ada sebuah kedai yang namanya SEPERTI melayu Islam. Tawakal sahajalah.

Restoran-restoran di Waterfront adalah menghadap ke laut, dan inilah dari belakang restoran.

Kedai ini tidak menjual “pork” dan tiada minuman keras, dari pemerhatian daku.Makanan bergoreng di KK lebih mahal dari semenanjung sekitar rm5 paling murah.
Kapal-kapal yang b aru pulang dari laut sedang menunggu giliran untuk meletak kereta kapal.
Jeti laut KK. Kelihatan juga beberapa penduduk tempatan sedang memancing.
Kualiti air pantai di sini lebih bersih dan jernih,itu satu pujian dari daku.
Walaupun tidak kelihatan jelas, namun terdapat anak ikan todak, bilis dan seperti anak jerung berenang-renang bermain-main.

Sudah kesiangan baru daku tahu ada ikan lumba-lumba kering keras di pintu depan Waterfront Sabah ini.
Di bawah khemah kanvas itu pada sesi malam ada seperti persembahan muzik atau nyanyian dan acara mengurut kaki.
Ada sebuah kedai makanan yang menyediakan secara bergambar menu mereka. kebanyakkannya berasaskan makanan laut.
Deretan kerusi untuk sesi makan dan minum. Sayangnya pada waktu siang terbiar sahaja. Sangat strategik untuk melihat kapal terbang berlepas di atas kepala dan melihat matahari terbit atau terbenam.

Laluan untuk ke jeti. Dari deretan pub dan bar ada laluan ke jeti, pasar malam Sinsuran.
Seperti batu tanda untuk memberitahu ini adalah tapak pasar malam Sinsuran. Ini adalah pada waktu siang.
Ini adalah suasana pada waktu malam.
Golongan “back packers” seperti ini memang suka suasana seperti ini.
Makanan laut bakar juga banyak disini. Owh lobster bakar idaman daku.
Semasa proses pemilihan ikan bakar untuk dijadiakn santapan kami.
Sotong dan ikan akhirnya yang bertuah di pilih
Sayuran yang di sertakan sekali.Daku tidak tahu sayur apa ini dan masa apa.
Rumpai laut segar jua di tawarkan bersama ikan bakar.
Tetapi paling menarik bagi daku adalah pemandangan di sini. Pulaunya kelihatan dekat sahaja.
Tamatlah hari pertama kami hari tu di KK. Gambar-gambar untuk pos kali ini di ambil pada hari terakhir daku di Sabah untuk lebih jelas dan terang kualiti gambar. Gambar-gambar kenangan hari kedua dan seterusnya masih banyak untuk di kongsi. Tunggukan pos seterusnya.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Sabah bha part II
Kembali lagi setelah bermalas-malasan di minggu ini.
Dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ini, kami bertiga telah bersantap hidangan yang telah dipilih. Walaupun masih lagi sedikit kekenyangan oleh McD, adik daku masih mampu menjamu selera dengan nasi goreng dan satay ayam.
Nasi goreng satay ayam

Daku pula nasi ayam yang agak pedas dan ayamnya seperti di peram dengan resepi yang sama dengan kebab tempat daku bekerja.

Dan ibunda tersayang daku pula berkenan di hati dengan nasi beriyani ayam, agak pedas.
Ibu daku seketika sebelum menjamu selera. Perhatikan mamat berbaju merah itu. Perjalanan pulang kami juga dengan beliau, walaupun tidak berjanji.

Rupa paras pakej makanan di atas kapal terbang.
Air mineral termasuk sekali dalam pakej bersantap.
Daku tidak mahu bergambar, tetapi FA semua inginkan satu gambar daku. Lihat ketidakikhlasan dak senyum itu.
Akhirnya setelah menaiki penerbangan selama 2 jam 30 minit dan menunggu untuk ke balai berlepas kosong, kami akhirnya meletakkan kaki di atas tanah simen lapangan terbang Kota Kinabalu. Berurusan pelbagai lebih kurang dalam 10 minit, kami berjaya menempuh pintu keluar dari lapangan terbang itu.
Kami mencari-cari wakil agensi pelancongan yang di upah ibunda daku. Dengan senyuman manis kami terus sahaja tertumpu kepada kertas ini.

Maka buat pertama kali kami bertiga di bawa menaiki van pelancong menuju ke hotel kami, Cititel Express KK.
Gambar ini sebenarnya di ambil pada hari ke 3 daku berada di sini.
Dan ini beberapa gambar yang daku ambil dari bilik kami. Agak beruntung juga kami menempah bilik di tengah-tengah bandar, berdekatan dengan kemudahan awam dan tempat menghabiskan duit.

Menghadap belakang hotel kami adalah water front sabah. Ya, laut itu. Apa ada di sana. Tunggu pos seterusnya.
centre point sabah bha…
dari tingkat 12 hotel cititel express KK.
Hotel ini agak baru di buka. Sayangnya daku telah di jemput untuk merasmikan hotel ini, tetapi kerana hal yang tidak dapat di elakkan, KM Sabah di minta menggantikan daku.
Kawasan apartmen servis. Agak murah dengan harga bermula rm80 semalam.
Sehingga kalian membaca bahagian ketiga pos ini, Terima Kasih Kerana Membaca.
Owh sabah. .
Salam hari Isnin. Masih lagi menghitung hari untuk bekerja di tempat baru. Dan kamu dan awak yang masih lagi tidak menghafal blog daku, tetapi menaip secara rambang menggunakan nama daku, emosi, kasut keselamatan dan juga bermacam-macam lagi, sudahlah kamu, daku benci kamu, jangan sampai daku kasut keselamatan daku saiz 10 ini mencium pipi kamu semua.
Jadi pada 25hb april 2011 yanbg lalu, daku bersama ibunda dan kekanda adinda (masey rose kerana tolong tegurkan typo nie ) tersayang daku telah berlepas ke Sabah untuk bercuti. Mungkin ada segelintir pihak yang tersinggung dan mempersoalkan pembabitan daku ke sana, tetapi seperti yang daku tegaskan, arwah ayahanda daku pernah mengutarakan keinginan untuk ke borneo, namun kerana ketentuan hidupnya, beliau telah terlebih dahulu menjawab panggilan Illahi. Kami sekeluarga amat terkilan kerana itulah salah satu permintaan ayahanda yang tidak tercapai.
Dan sungguhpun begitu, kami sekeluarga tidak mahu menanggung beban sepanjang hayat kami. Dengan sumber kewangan ibunda daku, usaha ke MATTA Fair, kad kredit, mesin faks dan beberapa kali teks dan panggilan telefon, kami telah berjaya menyempurnakan impian itu. Dan walaupun ketiadaan ayahanda daku, hasrat itu tetap di laksanakan. Tidak perlu di nyatakan sebab apa daku ikut bersama, tetapi cubalah berfikiran positif.
Berikut merupakan antara gambar yang daku sempat ambil. Terima kasih kepada rakan Ayu dan Liza kerana sudi meminjamkan kamera digital di saat-sat akhir kepada daku.
Beg untuk 3 orang 4 hari di sabah, tidak sampai 30kg pun setelah di timbang.
Sempat berposing di berlatarbelakangkan balai berlepas.
MAS Firefllyz menjadi tunggangan kami kali ini selepas airasia sebelum ini.
Ibunda dan kekanda daku menghitung minit untuk menaiki kapal terbang.
Tidak tahan melihat daku berposing, mereka juga ingin mengambil gambar berlatar belakangkan ekor Boeing B737-800.
Menanti itu melaparkan. McD menjadi santapan. Gambar di ambil selepas makan.
Tengok gambar ini semasa anda kempunan ingin makan di McD.
Disini kami menanti bersama majoritinya pelancong tempatan warga emas.
signatur bagi daku bukti menaiki kapal terbang, awan-awan nano.
Cukuplah bagi daku untuk kali ini. Insya-allah akan ada bahagian kedua koleksi gambar daku di negeri di bawah bayu. Akan daku kemas kini dengan bantuan kerajinan. Sekian.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Kemas kini sedikit
Salam hari Isnin,
Minggu lepas daku banyak berjalan, dari ibu negeri di bawah bayu, kembali bekerja sehari di ibu negara malaysia dan 2 hari berada di negeri yang terkenal dengan jolokan bandar ikan patin. Akibatnya, malam semalam dari selepas mahgrib sehingga sekitar jam 9 malam daku terlentang, sakit badan, sakit tekak, sakit telinga berdengung dan letih badan tetapi tidak boleh tidur nyenyak.
dan pada hari ini, daku rasakan telah di cas sepenuhnya bateri, sakit badan telah hilang, sakit tekak masih ada lagi, begitu juga dengan teling berdengung daku. Gambar-gambar kenangan dari Sabah telah di muat naik ke komputer, gambar untuk majlis perkahwinan tidak dapat di ambil kerana tuan punya kamera mahupun kamera semula masih belum di hubungi. Namun daku berjaya mengambil satu snap kad undangan perkahwinan kawan sekerja daku ini.

Di kesempatan ini, daku mewakili mereka yang mengenali pasangan;
Norhazliza binti Mukhtar (zaza)
&
Muhammada Zulfadzli Bin Mohd Redzwan (fadzli)
ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada merpati dua sejoli ini. Mereka adalah contoh bahawa cinta itu tidak perlu datang dari jauh, ianya lebih dekat di mata. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke anak cucu akhir hayat, (tidak boleh sehingga ke anak cucu, nanti sudah dapat cucu bercerai pula, JANGAN!) Majlis mereka sederhana, cukup di kelilingi sahabat handai, jiran tetangga, saudara mara dan kaum kerabat bagi memeriahkan majlis.
Ada juga berapa gambar yang daku telah minta dari pasangan pengantin sendiri dan mereka yang mengambil gambar. Insya allah daku akan memuat naik ke blog ini sejurus sahaja set gambar itu dierolehi. Bagi set gambar di sabah pula, daku akan memuat naik setelah proses “watermark” siap dilakukan.
Daku ingin menghitung hari sementara daku telah di jemput untuk berhijrah ke bidang kerja baru. Dan walaupun dua buah negeri telah daku berjalan, jodoh masih lagi tidak kelihatan. Mungkin bak kata daku kepada dua merpati sejoli ini, cinta itu tidak perlu jauh di mata, ia mungkin dekat di mata, lebih dekat di hati.
Terima Kasih Kerana Membaca.
p/s; daku cadang nak tulis sedikit sahaja, tetapi sedar-sedar telah 5 perenggan daku tertaip. Haish..



![Lazy Lass [eXPLoReD] Lazy Lass [eXPLoReD]](http://static.flickr.com/7083/7272226034_3d95aba441_t.jpg)

