Daily Archives: 20/05/2011

Sabah Bha part 4

Selamat dan salam hari Jumaat. .

Jadi pada hari kedua kami di negeri di bawah bayu, pagi daku dikejutkan dek sinaran pagi sang mentari pada jam 6.15 pagi. Berada di tingkat 12, langsir di buka luas, tidur mengiring menghadap tingkap, mata daku yang sensitif pada cahaya tangkas sahaja kesilauan dan terus membangunkan diri. Ketika itu daku tidak melihat jam dan terus sahaja bersiap. Sangkaan awal daku sudah jam 7 lebih dan daku harus bergegas bersiap untuk aktiviti hari itu.

Sesudah mandi, baru daku tergerak untuk melihat jam dan lantas daku teringat di borneo ini subuh dan maghrib awal sejam dari semenanjung. Tidak mengapalah, bagus juga bangun awal. Sekitar jam 7 kami telah bersiap untuk ke Poring Hot Spring, terletak di Ranau, selepas pintu masuk utama gunung kinabalu. Tetapi, yang lebih penting, kita makan dahulu. .

Coffee house di Xpress Cititel KK.

Coffee house xpress cititel kk, Xpress Diner.

Menu ringkas dan kami menyukainya. nasi goreng Cina bersama bebola ikan, hirisan kek ikan, sambal ikan bilis, ikan bilis rangup, hirisan timun dan kari ayam.

Pandangan sisi set sarap sarapan.

Minuman wajib di kala sarapan pagi hotel ; kopi hitam dan skuash oren.

Sekitar jam 8 pagi, kami telah di panggil oleh pemandu pelancong kami untuk aktiviti seterusnya kami, Ke Air Panas Poring dan kaki gunung Kianabalu. Dalm perjalanan nanti kami akan singgah untuk minum pagi di Aki Nabalu. Perjalanan menghampiri 2 jam memerlukan kami merentasi bandar KK, Tuaran, Tamparuli, Kundasang dan akhirnya Ranau. Separuh perjalanan kami singgah sebentar di Aki Nabalu, seperti bandar kecil untuk minum-minum, membeli sayuran segar, cendera hati dan cendera mata. Ditemani pemandu pelancong dan pengulas pelancong, kami menikmati kenyamanan gunung Kinabalu.


Pengulas lancong kami berbaju hijau Encik Abdullah, pemandu van pelancong Simon, ibunda dan adinda daku.

Menikmati kopi Ranau di Aki Nabalu.

Menikmati kopi Ranau, nikmat dunia.

Deretan rumah kedai di Aki Nabalu dan gazebo atau pangkin.

Kinabalu malu kerana di litupi awan yang terpilu.

Agak tinggi juga, kalau jatuh pasti sakit seorang-seorang meratapi keperitan.

Aki Nabalu ini terletak dalam daerah Kota Belud.

Cuaca mencecah 32 darjah celcius, tetapi sejuk sehingga terasa mencengkam tulang.

Dan ini antara cenderahati yang di jual ;

Menu makanan.Perhatikan harga untuk makanan bergoreng.

Hampir 20 minit di Aki Nabalu atau Gunung Nenek Moyang dalam bahasa Kadazan-Dusun, kami meneruskan perjalanan ke Poring. Dan hampir sejam perjalanan melepasi bandar Ranau, kami sampai jua. Dan inilah dia, Poring Hot Spring.

Pejabat Pentadbiran mereka.

Berposing di peta pintu masuk taman.

Pintu masuk melalui sungai Mamut.

Deras itu sungai Mamut ini.

Daku letak tangan di batu tanda Air Panas Poring.

Ibu dan anak.

Kamera yang ingin di bawa masuk juga dikenakan yuran kemasukan.

Memang kawasan untuk bermandi terbuka, mandi ramai-ramai, boleh cuci mata, boleh tambah dosa.

Disediakan tab mandi untuk mandi secara individu. Mandi panas di waktu tengah hari.

Abaikan beg “pouch” yang daku pakai di bawah baju itu.

Kita rendam kaki  dalam air yang di bakor!

Ibunda daku juga kepedihan kaki merendam di dalam air panas ini.

Cubaan untuk menggelegakkan otak daku, namun kurang berjaya kerana daku keras kepala.

Bersambung lagi kerana terdapat banyak lagi gambar yang daku ambil. Sehingga ketemu lagi.

Terima Kasih Kerana Membaca.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.