Monthly Archives: June 2011

Eh, sama la. . (dalam hati)

Salam hari Isnin.

Perkara pertama yang terlintas dalam minda kita di hari minggu pertama bekerja di tempat baru adalah kebarangkalian untuk kita berjumpa dengan mereka yang sama muka, sama perangai, sama nama mahupun orang yang kita pernah kenal dari tempat lama kita bekerja di tempat yang kita baru bekerja.

Betapa kecilnya dunia ini,daku ingatkan pabila berkerja di tempat baru, suasana baru, segala-galanya akan baru, namun daku silap sama sekali. Tidak semuanya baru di tempat baru. Mungkin habitat dan sistem ekologinya baru, namun manusia tetap manusia, tetap hambaNya yang lemah, tetap melakukan kesilapan.

Mungkin ada seseorang mahupun segerombolan manusia yang kita menyukai karekteristik mereka, kita senang bekerjasama dengan mereka dan sikap mereka tidak terlalu menyakitkan hati mereka. Manusia jenis ini memang payah untuk kita berjumpa, memang payah lagi untuk kita hargai keikhlasan mereka untuk menegur kealpaan kita,  dan pastinya lebih payah lagi untuk tempat baru yang dipenuhi oleh mereka.

Kadangkala nama juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah manusia. Nama itu satu doa, setiap yang bernama manusia mempunyai maksudnya yang tersendiri, setiap kali kita memanggil nama seseorang kita akan mendoakan diri mereka. Atas sebab itu berdasarkan nama kita bagaikan boleh mengagak peribadi mereka. Sungguhpun begitu, tidak semestinya mereka yang mempunyai nama yang sama mempunyai peribadi yang sama. Nama yang sama di tempat yang berlainan tidak semestinya baik dan tidak semestinya jahat.

Mungkin juga ada yang mukanya sama, dengan mereka yang yang kita pernah bekerja, kekasih lama, mereka yang pernah kita suka tetapi tidak kesampaian, rakan kita yankita menyampah tetap dalam versi yang lebih baik. Ini membuatkan kita terfikir mengenai diri kita, kenapa terlalu skeptikal sesam manusia, cepat sahaja kita menuduh seseorang itu bukan-bukan?

Pasti juga di dalam politik melayu, hidup berpuak-puak, setiap puak terdiri dari golongan yang sama, yang kanak-kanak riang tetap dalam kumpulan tidak matang mereka, yang tua tidak memahami jiwa raga yang muda walhal mereka juga pernah muda, yang tidak campur hanya buat kerja mereka seperti ikan kering; mata dan mulut terbuka dan terbeliak, tetapi tidak mengetahui hal sekeliling.

Dunia oh dunia! Betapa hebatnya dunia ciptaan kamu ya Allah,KaMu telah membuka mata daku dengan ciptaanMu, Kamu juga telah membuat hamba ini terfikir sejenak, tentang kekuasaanMu. Manusia ini terdapat pelbagai jenis, tetapi bagi yang berhenti dan berfikir sejenak dari kesibukan dunia, sebenarnya kami semua sama sahaja, berfikir di atas landasan logik dan di terima akal sahaja.

Terima Kasih Kerana Membaca.

Water front @DPC

Owh, sungguh lama daku tidak menyinggah ke pos baru di blog ini, sibuk dengan hal dunia yang tidak berkesudahan. Walaupun bekerja shif, tetapi bagaikan tidak sempat untuk melakuan aktiviti sosial daku. Sudah dapat cuti tiga hari, baru dirasakan nikmat bilik daku yang mewah ini.

Selesai daku menamatkan bakti dan membanting lemak tepu tulang empat kerat daku di syarikat lama di akhir hari 18hb Mei 201, daku berehat selama hampir empat (4) hari sebelum memulakan kerja di tempat baru, tanggal pada 23hb Mei 2011. Terus sahaja ke ibu pejabat tempat bekerja daku untuk sesi taklimat lebih dan kurang, daku terus sahaja menuju ke lokasi tempat kerja baru daku berjalan kaki hampir 2 jam. Tidak pernah langsung mendengar nama tempat ini sebelum ini, terkesima selama 5 saat daku ketika sampai di tempat ini.

Water front bermaksud hadapan air. Wujud sebuah kolam air yang cantik di belakang bangunan ini.

Inilah kawasan water front, dengan trek joging dan berbasikal, petang-petang memang seronok cuci mata. Melihat sekeliling takut terlanggar anjing yang di bawa berjalan-jalan.

Lagi malam, lagi meriah tempat ini.

Kalau di ikutkan , jawatan daku adalah sebagai pengurus bahagian. Daku menjaga bahagian farmasi, kosmetik, penjagaan kulit, shampoo, bedak dan segala penjagaan diri. Dari memesan barang, menerima barang, mempamer barang, , kemaskini harga promosi, menjaga ruang pameran, kebersihan, kadangkala jadi kaunter pertanyaan mencari barang, memberi pendapat dan informasi tentang produk penjagaan diri, susun barang yang pelanggan ambil tetapi letak merata. Selebihnya berjalan, meronda, dan senyum plastik.

Tetapi memang terang-terangan kerja ini lari dari bidang daku. Daku perlu berhadapan dengan orang, menjaga penampilan, menjaga anak buah dan paling penting sekali masa daku, banyak perlu di korbankan. Daku tidak tahu berapa lama lagi daku dapat bertahan di sini. Mungkin beralih bidang bukan seuatu keputusan yang bagus dan tepat untuk daku laksanakan buat masa ini.

Terima Kasih Kerana Membaca.

 

Nota tambahan;

Pada hari yang sama juga, bertempat di di Dewan Jubli Emas Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, berlangsungnya sesi konvokesyen graduan POLISAS. Dan seperti yang di duga, salah seorang junior daku yang memang orang akan kata gila terlebih bijak telah berjaya mengumpul lagi anugerah untuk dirinya. Memang diketahui dirinya yang super-duper bijak, rajin ber-aktiviti pun masih dapat anugerah lagi, tidak tahulah cip pemproses jenama apa yang tertanam dalam otaknya. Ini pautan untuk laporan akhbar tentang kejayaan beliau di dalam akhbar Hairan Metro. sini

Inilah dia, Nurul Faidah Binti Fauzi. Single not available, sila cari di FB sekarang nama beliau.

 

 

Hari Daku Gantung Baju Makmal Daku

Agak lama untuk daku membuat post ini, tetapi sekelumit jiwa dalam diri daku agak keberatan untuk meneruskan post ini, namun ia harus dan telah berlalu pergi. Yang berlalu biarlah berlalu, yang datang harus pergi, yang bermula perlu berakhir. Jadi pada 18hb Mei 2011, bersamaan genap daku berkerja selama 2 tahun, 3 bulan, 27 hari di KFI (M) Sdn Bhd. Suatu tempoh yang agak lama bagi kami seperti daku yang bekerja tetap selepas tamat belajar.

Sekadar ingin menyingkap kembali, sesudah tamat daku belajar, selepas menghadiri sesi temuduga dan berjaya menempatkan diri di KFI, daku banyak membuat tajuk post berkisar keliling daku, mereka di sekeliling daku, apa yang daku fahami dari kaca mata daku, tidak terkecuali daku luahan daku di blog ini. Segala kegembiraan dan kesedihan di kongsi bersama.ilmu juga adalah paling banyak daku perolehi di sini.

Dan setelah penyakit malas daku berjaya dikikiskan, daku berjaya mendapat beberapa keping gambar yang memberi daku nostalgia enak dan pahit sepanjang KFI berjasa kepada daku. Hidup perlu di teruskan dan perubahan adalah perkara biasa dalam hidup. Daku memerlukan perubahan demi mengembangkan minda dan kualiti cara kerja daku. Dan perubahan itu sememangnya dahagakan pengorbanan.

gambar daku bersama Yeni berbaju merah, beliaulah yang daku ingin gantikan. Bersama Ira, pelajar latihan dari UniKL. Abaikn kekurusan daku ketika itu.

Fiza dan Rina, juga pelajar latihan dari POLISAS. Abaikan kotak berserabut di belakang itu.

Bergambar sebagai kenangan bersama rakan sejabatan daku di KFI.

Semasa sesi bergambar selepas seminar.

Selepas tamat sesi makan malam tahunan syarikat sesi 2011.

Si tikus putih penjaga tisu ini paling daku ingati kerana jasanya semasa makan.

Perkembangan minda juga selari dengan perkembangan tubuh sasa daku.

Pintu masuk makmalku lamaku. Terasa lega apabila selamat sampai ke pintu ini setiap kali.

Suasana kemas yang daku sering praktikkan.

Gambar ini di ambil selepas daku potong rambut pendek, ketika kesedihan keputusan perhubungan.

Pos maut akhir daku semasa majlis makan malam tahunan syarikat sesi 2011. Akan daku kenangi zaman indah bersama rakan-rakan KFI.

Skil memasak daku juga semakin berkembang. Akan Telah daku rindui semua makanan sejuk beku disi, dari Nugget, Burger, Frankfurter, sehinggalah Kebab, akan daku ingati kalian. uniform jaket coklat, kasut keselamatan putih Phua Chu Kang, Face Mask, net rambut putih dan baju makmal kot yang kini daku gantung.

Terima Kasih Kerana Membaca.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.