Monthly Archives: November 2011
Berbalas Balik
Salam hari Selasa.
Genap hari ini satu minggu kejadian itu berlaku. Ya, seminggu yang lalu, pada tarikh 15hb November 2011, daku mempunyai satu temuduga. Temuduga itu terletak di lokasi Jalan Kelang Lama. Jam sekitar 2.30 petang, daku telah berjanji dengan pihak Sumber Manusia syarikat tersebut untuk sesi temuduga bagi jawatan yang daku idamkan.
Jadi sekitar jam 1.00 petang, Singa bandar daku mengaum bagi memulakan perjalanan. Dengan bantuan Sistem GPS oleh saudara Zhaffry, daku memulakan perjalanan dengan hati yang sedikit berdebar, tanpa mengetahui bala yang menimpa meminta pertukaran. Meredah Lebuh raya Sungai Besi yang agak padat, daku mulai gusar jika tidak sampai pada masanya.
Sampai di selekoh Jalan Kuchai memasuki Jalan Kelang Lama, daku perhatikan GPS memberi arahan menukar laluan ke kiri. Daku yang berada di Laluan Tengah lantas memberi Isyarat ke kiri, arahkan tayar ke kiri sedikit dan mula mendongak-dongak melihat cermin atas dan kiri. Kereta lain pantas sahaja melajukan kenderaan, tidak memberi daku ruang untuk menukar laluan.
Daku mula berdecik, gusar kerana jam melepasi 2.00 petang. Kemudian sebuah Alphard putih melajukan kenderaan dari belakang. Daku mengeluh kerana kecewa tidak di beri peluang. Kemudian kereta itu memperlahankan kenderaan dan ngauman juga berkurangan. Daku beranggapan pemandunya memberikan daku ruang untuk daku memasuki lorong kiri. Lalu daku dengan pantas tidak mahu pemandunya mencebik daku lambat, menekan pedal minyak sambil memutar stereng ke kiri. Tetapi tiba-tiba kereta itu ditekan pedal minyaknya dan kedengaran ngauman Alphard itu…. disusuli geseran Alphard dan Peugeot yang cuba mengelak.
Dan ini hasilnya;

Daku amat risau tayar dan cermin kanan daku punah, nasib baik bahagian itu selamat.

Ini nasib baik bengkel dah tarik sedikit, jika tidak jatuh “bumper” kiri daku.

“Mudguard” daku tertarik di seret badan Alphard yang laju itu.
Kalau di ikutkan dari segi Undang-undang, memang salah daku, kerana menukar haluan, kecederaan kereta daku di bahagian hadapan, dan pemandu kedua terlibat masih berada di ruang haluan yang sama sebelum kejadian. Tetapi kereta daku juga memberi isyarat untuk daku menukar haluan, daku sedang memberhentikan kereta maka daku tidak laju dan paling penting sekali kereta itu perlahan pada mulanya kemudian detik daku menukar lorong memasuki lorong kiri kereta itu tiba-tiba melajukan kenderaan. Sungguh daku tidak puas hati.
Tetapi daku boleh berkata apa lagi, undang-undang tidak begitu spesifik untuk memihak kepada daku. Suka atau tidak, daku terpaksa bersetuju dengan hasil laporan ditulis oleh pihak berkuasa. Dan kemudian daku dalam kecelaruan itu, daku menelefon syarikat yang ingin menemuduga daku dan meminta dilewatkan sesi temuduga daku sejam. Daku masih lagi ingin menukar kerja. Pemandu Alphard itu berkeras mahu daku membayar kecederaan keretanya. Tidak mahu membuat laporan polis, dan mahu selesaikan di luar. Tidak cukup seorang, 3 orang saudaranya di telefon sebagai bantuan meminta daku menyerah.
Mereka sopan berbicara tetapi mahu meletakkan 100% kesalahan itu kepada daku. Seperti pemandu perempuan itu tidak bersalah. Daku yang kekalutan meminta di dahulukan hal sendiri; daku ingin meneruskan temuduga dan cibai pemandu itu ingin berjumpa kliennya. Jadi kami berjanji akan meneruskan perbincangan selepas hal selesai.
Lalu sekitar jam 3.00 petang daku sampai di bawah pejabat syarikat itu. Sayu daku meninggalkan kereta daku yang kesakitan kemek serta rabak “bumper”, sayu lagi daku ditambah dengan hujan rintik-rintik. Namun dalam kekalutan itu, di dalam lif menuju ke tingkat 2 syarikat itu, daku mematikan suis kekecewaan daku dan mula memfokuskan tujuan daku.
Temuduga pertama daku berjalan lamcar, segala pengalaman, peringatan, teknik menjawab soalan, muka yakin bak kata Nurul Faidah Fauzi menyemarakkan semangat daku. Atas dasar itu, daku terus ke temuduga kedua, yang sepatutnya di jalankan hari ini. Deretan syarikat yang pernah daku bekerja, kepakaran daku, teknik dan mesin yang pernah daku di amanahkan serta tahun pengalaman daku membuatkan bakal ketua daku tidak ingin melepaskan daku.
Dan selepas sesi temuduga kedua bersama ketua sumber syarikat itu, beliau memberi jaminan bahawa daku akan di ambil bekerja dan daku perlu memberi tempoh masa sebualn untuk berhenti dari tempat bekerja daku sekarang. Dan kerana daku sedikit berpengalaman, gaji daku mahal rm100 dari yang lain, mungkin yang lain pula sudah bekerja lama dan gaji mereka lebih dari daku, itu daku tidak tahu.
Orang pertama daku beritahu mengenai perkhabaran gembira ini adalah ibunda daku, dan jawapan sarkastik yang diberikan beliau;
” Berbalas balik dengan kemalangan tadi…. “
Dan mengenai kereta daku pula, si suami pemandu Alphard tidak mahu rm3oo yang dijanjikan oleh si isterinya, menurutnya kecederaan keretanya agak teruk, dan dia mahukan lebih lagi, rm500 untuk lebih tepat. Sedangkan rm300 itu daku pinjam dengan Zhaffry, daku terus berkata kepada Zhaffry cerita balai, malas nak cerita.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Babi!, Babi!, Babi!
Salam hari Jumaat, pertama-pertamanya daku bukan mencarut, keduanya ini adalah posting terpendek dalam blog daku. Dan dengan dua sebab itu, daku ingin memulakan posting daku ini.
Satu ayat, tetapi amat berlainan maksud dalam tiga bahasa. Bahasa pertama adalah dari sudut bahasa melayu. Mengikut kamus DBP, Babi itu merujuk kepada sejenis binatang mamalia yg berbadan gemuk, berkaki pendek, berkulit tebal, dan bermuncung (diharamkan bagi orang Islam); dan juga kata makian yg digunakan kerana marah. Sumber.
Pengalaman kerja daku terkini pula memberi daku satu kefahaman mengenai ayat babi ini mengikut dari bahasa Bangladesh, merujuk kepada kakak ipar. Bagi yang tidak mengetahui, negara-negara Asia selatan (India, Nepal, Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka dan Kepulauan Maldives) banyak menggunakan bahasa Hindi selain bahasa asal mereka.sila jangan salah erti jika kaum-kaum ketiak hangit ini ingin merujuk kakak ipar mereka sebagai babi, ini bukan mencarut. Ayat lain yang biasa di gunakan adalah seperti baia(adik), bai (abang), bun (kakak) dan affa (makcik).
Bagi dialek bahasa China darerah Kanton pula, babi merujuk kepada orang yang sombong. Mungkin ayat ini akan lebih terserlah apabila dua orang cina bergosip sesama sendiri mengenai seorang baru yang tidak pandai menyesuaikan diri lagi, Mungkin juga orang yang di gosipkan itu terang-terangan sombong. Mungkin juga. Uniknya bagi mereka yang menggunakan dialek Kantonis dan tinggal di Malaysia, selain dari mengatakan urang itu sombong, boleh juga dikira pakej sebagai makian yang digunakan kerana marah.
Jadi selepas ini pabila kedengaran ayat ini di sebutkan, lihat dulu sumber manusia yang menyebutkan. Pastikan kita sentiasa berfikiran positif dan juga tidak sekali-kali meyangka orang memaki kita.
TerimaKasih Kerana Membaca.
Nice Guy Finish Last!!
I despise myself, of being to utterly nice guy, because as sang by Greenday, nice guy finish last, I don’t want to be the a “Goodie Two Shoes“, and I don’t want to be the last guy to finish any race.
To all whom know me, from the physical appearances, I do not resemble any part of good guy, people whom look me from a distance would say just about anything not nice about me, but after knowing me or at least had a quick chat with me, probably would not guess what a nice guy I am. Now that is the root of my problem and mainly my weakness.
Some people would not give a chance to know me better, and would judge from the first time meeting me. Well I could not confirm that each and every time I met new person, I am in good mood and properly introduced to start a new and wonderful relationship. The second that I do not greet and smile have a eye contact and lending a hand to help them, that is the moment that a fake plastic smile being made. This kind of people hard to making friend but had a big influences in our life. Like or not, we have “laugh” every time we being the black goat.
And then as time flies by, somehow we managed to tackle the people around us, at least can chat or had a usual conversations. Like nothing happen,we can smile, and agreed of anything bad of course, that happened was as simple as our fault, all of it. Month ago, just by looking at this kind of people, had a vision like a furious angry bird we want to tied them up, put in a nearly collapsed building, and throw a black bowling like bomb bird just beside them second before explodes.! Damn, at least we didn’t score any points but we can see flying body parts that aren’t bleeding. OK, I’ll stop with the sadistic game imagination.
Why we have to be the good guys, even not having a gut to make people suffer, at least to be on the safe side. After a lot have been done to us, bad things a lot, yet only by a simple smile, slow head nod, we can forgive person. What happen to the furious thing we have plan to do during the anger time?
And then endured by our good hearted, we are still the same; plain john, only hoping and hoping God will change our life’s, without really make some steps to make ourself better, only hoping and thinking God “owes’ us for make our life miserable, and sooner or later without doing anything our life will have a big turnaround.
The people that we hate, like it or not, had some reason why do we even hate them. We are jealous of them, jealous of what they have achieved, we want the same as them, but do we know how many years they have strived just to be as now they are? We want to be just like them but we do not want the glory and guts of working the way up to the top.
From the nice guy, we ought to develop ourself and always consider to make changing improvement to ourself. Do not stand only hopes that God will change everything. Take the big step and show that not all nice guy are afraid. We can do even better, finish the race long before the race starts.
Aku Berani!!…. Berani ke?
Sekitar jam 11.30 malam, lokasi di lebuh raya MRR2 sekitar kawasan Kepong menuju ke Taman Keramat.
Dari simpang Kepong-Menjalara memasuki lebuhraya MRR2, kedengaran pelbagai jenis ngauman kenderaan menjarah tar jalan. Bentuk, jenama dan saiz tunggangan moden manusia ini pelbagai, tetapi cerpen ini tertumpu kepada arakian sebuah kereta tertampang logo seekor singa bewarna perak berdiri dengan tangan bersilang. Bunyi ngauman singa hutan konkrit ini jelas sekali berbeza dengan ngauman singa hutan asli, malah ia berterusan mengaum sehingga sang penunggang bertindak memberhentikan singanya.
Membawa ego sang rimba ke mana sahaja ia pergi, raja rimba konkrit ini tidak bertangguh untuk menunjukkan kekuasaannya. Pantang sekali ia berada lama di lorong kiri, dikhaskan untuk penunggang kuda bandar, kadangkala juga di gelar “si mat rempit”. Dengan saingan kenderaan lain di lorong kiri perlahan menikmati permandangan dari MRR2 sambil menghidu karbon monoksida dilepaskan bertalu-talu kenderaan lain, cepat sahaja singa hutan konkrit menghela nafas panjang dan memandang tajam ke lorong kanan di lebuh raya itu.
Lampu isyarat diberi , keadaan di periksa, tangan bersedia menukar lorong, dengan tenangnya, singa itu bergerak perlahan-lahan bersilang kuda moden ego menunjukkan jari tengah ke singa sambil menghamburkan kata-kata keji kesukaan syaitan laknatullah. Telah berada di lorong paling laju, singa itu membetulkan bahunya dan bersedia untuk mengekalkan jarak dengan tunggangan manusia di hadapan dan kelajuan yang memberi rusuhan adrenalin ke otak sang penunggang tersenyum riang.
Namun di mana kan ku cari jalan lurus di dunia ini secara harafiahnya, dengan tar jalan berlapis menganggu kelicinan jalan raya, lubang di jalan raya dek kerana kehadiran sang badak air penuh barang di belakang nya dan gajah pengangkut kotak-kotak berisi, tumpuan sepenuhnya harus di berikan, biji mata harus di biarkan bergolek di atas jalan raya bagi mengetahui keadaan jalan, telinga harus di campak di merata tempat bagi mendengar makian, arahan, teguran, hon beralun penunggang lain. Ini tidak diceritakan lagi simpang merbahaya, bulatan di tengah jalan bersimpang siur dan perjalanan yang bagaikan ular yang menjalar.
Lalu, dari belakang, sinaran mata kenderaan di kelipkan, ngauaman bertambah kuat, tayar di pusing dengan pantas, bahagian belakang kenderaan terbuai-buai mengikuti kawalan stereng menggila. Mengabaikan sahaja pantas menyerap dalam jiwa muda ini, tetapi setelah ngauman dilakukan tunggangan betul-betul sebelah singa hutan konkrit, senyuman sinis di lemparkan, dengan tiba-tiba tunggangan itu memasuki lorong kita dengan sedikit jarak di tinggalkan dengan tunggangan kita. Sesudah itu, tunggangan itu di perlahankan mengejut, sedangkan sedang sedap memijak pedal minyak.
Sepatah carutan terkeluar, lalu tunggangan di hadapan memecut laju meninggalkan singa daku termangu, terkedu dan terkecewa. Tidak cukup pembakaran minyak petroleum dan oksigen di dalam enjin tunggangan, hati pula terbakar dengan cabaran di beri. Lalu bermulah episod
“I will follow you, where ever you may be. . “
Hunusan kaki memijak-mijak pad minyak , fokus pada jalan , tangan kanan di lepaskan dari stereng dan tangan kiri diletakkan tapak di atas stereng kereta, mata pula dikendurkan, dan lagu rancak berkumandang melalui radio dikuatkan lagi. Mencari-cari peluang untuk memasuki lorong tengah lalu memasuki lorong kanan betul-betul di hadapan tunggangan biadap itu.
Namun hati mula berbuah apabila simpang dihampiri, lori dan bas di hadapan dirasakan semakin membesar dari kacamata berbanding berada jauh dari lori dan bas itu, signal bewarna biru dari atas tunggangan manusia lain mula kelihatan kelibatnya, perasaan juga mula berdetik apabila di rasakan tidak berani untuk membenarkan jarum meter kelajuan melebihi 120km/jam, was-was timbul dalam diri adakah sempat singa ini mencelah di sebalik tunggangan lain dan memasuki lorong kanan kembali tanpa menganggu jiwa penunggang haiwan bandar lain.
Tetapi di perhatikan sang pencabar itu berani sahaja berbuat semua itu, berani sahaja tanpa menoleh melihat kerosakan dan gangguan ketenteraman yang di lakukan terhadap yang lain. Mungkin gelak bangga ketika semakin jauh meninggalkan singa dan daku jauh di belakang, dan daku hanya mampu menepuk stereng melempiaskan kekalahan daku. Singa dak juga ngaumannya semakin perlahan. Mungkin kecewa dengan daku, tetapi daku bersyukur tidak memberikan singa daku ini tambahan tatu di badannya. Biarlah yang ada sahaja, itupun di rasakan sudah cukup.
Terima Kasih Kerana Membaca.



![Lazy Lass [eXPLoReD] Lazy Lass [eXPLoReD]](http://static.flickr.com/7083/7272226034_3d95aba441_t.jpg)

