Berbalas Balik

Salam hari Selasa.

Genap hari ini satu minggu kejadian itu berlaku. Ya, seminggu yang lalu, pada tarikh 15hb November 2011, daku mempunyai satu temuduga. Temuduga itu terletak di lokasi Jalan Kelang Lama. Jam sekitar 2.30 petang, daku telah berjanji dengan pihak Sumber Manusia syarikat tersebut untuk sesi temuduga bagi jawatan yang daku idamkan.

Jadi sekitar jam 1.00 petang, Singa bandar daku mengaum bagi memulakan perjalanan. Dengan bantuan Sistem GPS oleh saudara Zhaffry, daku memulakan perjalanan dengan hati yang sedikit berdebar, tanpa mengetahui bala yang menimpa meminta pertukaran. Meredah Lebuh raya Sungai Besi yang agak padat, daku mulai gusar jika tidak sampai pada masanya.

Sampai di selekoh Jalan Kuchai memasuki Jalan Kelang Lama, daku perhatikan GPS memberi arahan menukar laluan ke kiri. Daku yang berada di Laluan Tengah lantas memberi Isyarat ke kiri, arahkan tayar ke kiri sedikit dan mula mendongak-dongak melihat cermin atas dan kiri. Kereta lain pantas sahaja melajukan kenderaan, tidak memberi daku ruang untuk menukar laluan.

Daku mula berdecik, gusar kerana  jam melepasi 2.00 petang. Kemudian sebuah Alphard putih melajukan kenderaan dari belakang. Daku mengeluh kerana kecewa tidak di beri peluang. Kemudian kereta itu memperlahankan kenderaan dan ngauman juga berkurangan. Daku beranggapan pemandunya memberikan daku ruang untuk daku memasuki lorong kiri. Lalu daku dengan pantas tidak mahu pemandunya mencebik daku lambat, menekan pedal minyak sambil memutar stereng ke kiri. Tetapi tiba-tiba kereta itu ditekan pedal minyaknya dan kedengaran ngauman Alphard itu…. disusuli geseran Alphard dan Peugeot yang cuba mengelak.

Dan ini hasilnya;

Daku amat risau tayar dan cermin kanan daku punah, nasib baik bahagian itu selamat.

Ini nasib baik bengkel dah tarik sedikit, jika tidak jatuh “bumper” kiri daku.

Mudguard” daku tertarik di seret badan Alphard yang laju itu.

Kalau di ikutkan dari segi Undang-undang, memang salah daku, kerana menukar haluan, kecederaan kereta daku di bahagian hadapan, dan pemandu kedua terlibat masih berada di ruang haluan yang sama sebelum kejadian.  Tetapi kereta daku juga memberi  isyarat untuk daku menukar haluan, daku sedang memberhentikan kereta maka daku tidak laju dan paling penting sekali kereta itu perlahan pada mulanya kemudian detik daku menukar lorong memasuki lorong kiri kereta itu tiba-tiba melajukan kenderaan. Sungguh daku tidak puas hati.

Tetapi daku boleh berkata apa lagi, undang-undang tidak begitu spesifik untuk memihak kepada daku. Suka atau tidak, daku terpaksa bersetuju dengan hasil laporan ditulis oleh pihak berkuasa. Dan kemudian daku dalam kecelaruan itu, daku menelefon syarikat yang ingin menemuduga daku dan meminta dilewatkan sesi temuduga daku sejam. Daku masih lagi ingin menukar kerja. Pemandu Alphard itu berkeras mahu daku membayar kecederaan keretanya. Tidak mahu membuat laporan polis, dan mahu selesaikan di luar. Tidak cukup seorang, 3 orang saudaranya di telefon sebagai bantuan meminta daku menyerah.

Mereka sopan berbicara tetapi mahu meletakkan 100% kesalahan itu kepada daku. Seperti pemandu perempuan itu tidak bersalah. Daku yang kekalutan meminta di dahulukan hal sendiri; daku ingin meneruskan temuduga dan cibai pemandu itu ingin berjumpa kliennya. Jadi kami berjanji akan meneruskan perbincangan selepas hal selesai.

Lalu sekitar jam 3.00 petang daku sampai di bawah pejabat syarikat itu. Sayu daku meninggalkan kereta daku yang kesakitan kemek serta rabak “bumper”, sayu lagi daku ditambah dengan hujan rintik-rintik. Namun dalam kekalutan itu, di dalam lif menuju ke tingkat 2 syarikat itu, daku mematikan  suis kekecewaan  daku dan mula memfokuskan tujuan daku.

Temuduga pertama daku berjalan lamcar, segala pengalaman, peringatan, teknik menjawab soalan, muka yakin bak kata Nurul Faidah Fauzi menyemarakkan semangat daku. Atas dasar itu, daku terus ke temuduga kedua, yang sepatutnya di jalankan hari ini. Deretan syarikat yang pernah daku bekerja, kepakaran daku, teknik dan mesin yang pernah daku di amanahkan serta tahun pengalaman daku membuatkan bakal ketua daku tidak ingin melepaskan daku.

Dan selepas sesi temuduga kedua bersama ketua sumber syarikat itu, beliau memberi jaminan bahawa daku akan di ambil bekerja dan daku perlu memberi tempoh masa sebualn untuk berhenti dari tempat bekerja daku sekarang. Dan kerana daku sedikit berpengalaman, gaji daku mahal rm100 dari yang lain, mungkin yang lain pula sudah bekerja lama dan gaji mereka lebih dari daku, itu daku tidak tahu.

Orang pertama daku beritahu mengenai perkhabaran gembira ini adalah ibunda daku, dan jawapan sarkastik yang diberikan beliau;

” Berbalas balik dengan kemalangan tadi…. “

Dan mengenai kereta daku pula, si suami pemandu Alphard tidak mahu rm3oo yang dijanjikan oleh si isterinya, menurutnya kecederaan keretanya agak teruk, dan dia mahukan lebih lagi, rm500 untuk lebih tepat. Sedangkan rm300 itu daku pinjam dengan Zhaffry, daku terus berkata kepada Zhaffry cerita balai, malas nak cerita.

Terima Kasih Kerana Membaca.

About keramatKL

Born on 1st December 1986 in Kllinik Samuel, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. A graduate student of POLISAS, Kuantan, Pahang, Malaysia in Diploma of Food Technology. Currently work as a QA in Kyros Food Industries Berhad

Posted on 22/11/2011, in Anger Management program, More and more emo's, My Public Diary. .. Bookmark the permalink. Leave a Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.