Sudah 2012 ya?

Salm hari baru, bulan baru dan tahun baru.

Asalnya dak ingin membuat sebuah entri khas sempena berakhirnya tahun 2011, tetapi penyakit Malas daku ini yang tidak sudah-sudah datang dan pergi, maka di saat sepatutnya daku membuat sedikit ulangkaji mengenai kerja daku, daku “ter”buka blog daku, terbaca post blog orang lain dan sedikit terbakar kerana daku tidak membuat kata-kata terakhir sebelum 2012 menjengah masuk dalam hidup daku.

Tahun 2012 sungguh banyak membawa duka berbanding suka dalm hidup daku. Sesungguhnya daku di uji hebat sebegini rupa. Duka datang dan perg bertalu-talu tepat ke muka daku sebelum satu atau dua berita gembira cuba menutup luka kesakitan daku. Bermulapada 20hb September 2010, daku kehilangan ayahanda daku, serta kenalan daku di politeknik, di jemput malaikat maut sekitar waktu subuh di rumah daku ini.

Hari-hari berikutnya yang mendatang kelihatan semakin malap untuk diriku ini, dua kejadian rampasan orang yang daku sayangi berlaku di tempat yang sama daku menghambakan diri mencari duit. Ini tidak termasuk lagi perang saraf yang berlaku di antara daku dengan beberapa manusia yang masih lagi tidak sedarakan kekhilafan hidup mereka. Ya pastinya daku juga ada kekhilafan terhadap manusia lain, namun daku semakin tertekan dengan situasi yang tidak pernah daku impikan.

Pos-pos daku daku kebanyakannya mengenai analisa yang daku lakukan terhadap manusia di sekeliling daku, cara mereka menghadapi dunia ini. Di akhir tahun 2010 juga daku sempat membeli sebuah kereta idaman daku, lebih tepat lagi pesanan dari ayahanda daku, yang inginkan sebuah kereta bukan jenama Malaysia. Dan sungguhpun daku mendapat kereta itu pada tarikh hari lahir beliau, daku hanya mampu bermonolog dalaman. 

Mengenai kereta daku, telah dua kali daku telah mencacatkannya, bukan sengaja tetapi dari sikap daku yang menganggap tunggangan daku sebuah kenderaan 4×4. Pada pertama kali adalah pada bulan 8 manakala untuk kedua kali adalah pada bulan 11.  Sehingga pos ini daku taip, kereta daku telah siap dari segi fizikalnya, tetapi tersangkut dari segi dokumentasi. 

Daku juga pada tahun 2011 lalu bersama ibunda dan adinda daku telah menjelajah negeri di bawah bayu selama 4 hari. Sebenarnya percutian ini dirancang bersama ayahanda daku, namun walaupun ketiadaannya, kami meneruskan perancangan kami. Tahun 2011 juga menyaksikan daku membuat keputusan untuk beralih arah tempat daku menumpahkan peluh daku. Melebihi 2 tahun daku berkhidmat dengan KFI (M) Sdn Bhd. Sekitar bulan Jun 2011, menyaksikan daku memasuki salah sebuah jenama terkenal dunia di dalam bidang peruncitan, bermula di sebuah kawasan perumahan  pinggir kuala lumpur. 

Sekali lagi dengan memerhati mereka yang bekerja di sekeliling bandar Desa Park City, daku mula mengkaji dan menganalisa manusia. Ada yang pada awalnya daku suka dan gembira berkawan dengan mereka, namun di akhir perkhidmatan daku telah membenci mereka, dan ada juga sebaliknya. Masih ada seorang yang dari awal hingga akhir daku membenci beliau, dan jika betullah dia yang bongkak dan takbur dalam dunianya, pasti ada pembalasan di sediakan untuknya. Wallahualam. 

Post terakhir daku untuk 2011 berakhir dengan peluang yang daku dapat untuk kembali ke alam daku, bidang sebenar daku, dunia yang daku pilih sewaktu taku  menanda untuk memahami dunia teknologi makanan.  Daku anggap tahun ini tidak berapa memihak kepada daku namun daku tidak mahu merungut, kerana masih ada sinar dalam kegelapan tahun ini.

Daku hanya mahukan tahun 2012 ini mampu memberi daku sinar kebahagiaan, sinar ketenteraman dan sinar cinta dalam hidup daku, cukuplah daku bersedih di tahun lepas, tahun ini  apa yang tertulis dalam hidup daku moga-moga tidak melemahkan semangat juang daku untuk terus hidup di muka ini.

Terima Kasih Kerana Membaca.

Advertisement

About keramatKL

Born on 1st December 1986 in Kllinik Samuel, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. A graduate student of POLISAS, Kuantan, Pahang, Malaysia in Diploma of Food Technology. Currently work as a QA in Kyros Food Industries Berhad

Posted on 02/01/2012, in More and more emo's, My Public Diary. ., People I have met, What I felt and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.