Hey, budak baru. .

Salam hari Sabtu.

Sudah agak lama daku tidak menulis sesuatu yang baru di blog daku ini. Niat dan keinginan sudah ada, tetapi memikir dan berfikir isi kandungan, menyebabkan daku seringkali berniat dan terus sahaja.

Tiada apa yang baru dalam hidup daku kini, kerja di tempat baru masih di teruskan. Dan walaupun kerja daku dirasakan semakin banyak benda baru, namun daku masih lagi bersemangat dan tabah untuk terus bekerja, kerana ini adalah keghairahan daku untuk terus hidup dan terus belajar. Daku telah menetapkan diri daku perlu berada di atas tahap yang membanggakan dan itu semua memerlukan pengalaman dan masa. Tidak mengapa, daku sanggup.

Seperti mana yang di harungi dan dirasai oleh semua pekerja baru, kerja dan teknik orang semuanya berbeza. Semememangnya perlukan kesabaran dan perhatian apabila kita bekerja dan perlu memuaskan hati orang yang memandang dengan melakukan kerja mengikut teknik dan standard kerja orang itu sendiri.

Apabila kita sebagai pekerja baru, kita sememangnya memerlukan seorang mentor untuk mengajar kita bekerja. Cara kerja itu sendiri sama dan sepatutunya sama bagi setiap orang. Tetapi apabila memasuki bab teknik kerja, itu terpulang kepada setiap individu untuk merumuskan, menyenangkan,menyingkatkan dan  memotong teknik kerja yang menyusahkan.

Ini pasti bagi semua orang. Ada yang suka cara yang panjang kerana terikat dengan diri sendiri yang jujur dan ada juga yang sukakan kerja itu singkat masa dan tidak menyusahkan, mungkin kerana tidak mahu menyerabutkan minda dengan tekanan kerja. Yang mana mahu di ikuti, itu terpulang kepada individu, itu hak individu.

Sekarang, bagi yang sukakan kerja yang panjang dan menyerabutkan, seringkali di anggap jujur, baik dan patuh arahan. Terus terang daku akui daku mahukan kerja yang ringkas, singkat namun paling penting jujur dan kerja itu siap sepenuhnya. Daku boleh terima teknik kerja yang panjang, tetapi daku tidak boleh menerimanya dalam jangka masa yang panjang. Walaupun pengalaman daku bekerja tidak begitu boleh dikatakan membanggakan, tetap pastinya daku sendiri ada teknik bekerja yang telah sesuai dalam jiwa daku.

Daku tidak berapa gemar apabila teknik kerja daku dipersoalkan, ilmu daku dipersoalkan, kewibawaan daku dipersoalkan. Mungkin apabila daku telah merasa selesa, daku akan dapat menerima cara kerja baru dan diubahsuai dengan teknik kerja daku. Buat apa nak bekerja dengan teknik kerja yang daku rasakan boleh aku perbaiki dan daku boleh buat kerja itu.

Ada pula bagi antara mereka ini yang sudahlah terang-terangan tidak suka adaptasi teknik kerja daku ini, di marah, di tegur, di malukan, di perli kerja daku sehingga makan dalam daku terasa. Perlu kah daku menipu diri sendiri  dengan berpura-pura mengikuti 100% cara mentor kita bekerja sehingga tidak ada muncul dalam benak fikiran untuk menambah baik apa-apa yang patut.

Daku yang silap atau dunia yang silapkah?

Terima Kasih Kerana Membaca.

 

Advertisement

About keramatKL

Born on 1st December 1986 in Kllinik Samuel, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. A graduate student of POLISAS, Kuantan, Pahang, Malaysia in Diploma of Food Technology. Currently work as a QA in Kyros Food Industries Berhad

Posted on 07/01/2012, in Anger Management program, People I have met. Bookmark the permalink. Leave a Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.