Ada muka? Bagilah Sedikit. . .


Salam hari Isnin yang riang ria.

Berkenaan dengan tajuk post daku kali ini, daku rasakan lebih kepada bangsa Cina perumpaan ini, cuma apabila digaul sekali dalam semangat 1Malaysia, ia bagaikan sebati dalam perbualan rakyat malaysia. Namun bukan itu yang daku ingin bebelkan di sini.

Bagi muka bagi daku secara amnya adalah mungkin lebih atau kurang bermaksud memberi peluang demi menjaga air muka dan nama seseorang. Semua orang mempunyai nama dan maruah untuk di jaga, sesuatu yang di pertahankan dan membezakan manusia atau musibat.

Mereka yang mempunyai dan menghargai maruah akan menetapkan diri sendiri sehina mana mereka mampu pergi dan sejauh mana cacian dan hinaan orang lain terhadap dir mereka. Sejauh mana mereka mampu bertahan.

Sehina mana seseorang itu, mereka pasti ada suatu tahap yang mereka benarkan diri  tunduk. Namun pasti ada suatu tahap mereka tidak tahan menerima kutukan dan hinaan serta cacian, lalu meletuslah segala yang terbuku di hati.

Bagi muka ini tidak semestinya di berikan seseorang kepada mereka yang menindas dan mengugut diri mereka, ada juga situasi di mana yang berkuasa juga meminta di beri muka atas peluang untuk menjaga status yang berkuasa. Tidak semestinya yang berkuasa sahaja terus berkuasa tanpa bantuan yang lemah.

Peluang ini biasa daku alami di mana potensi dan kebolehan daku tidak dapat di lihat dan digilap dalam sehari. Beberapa hari bersama daku dan melayan karenah daku pasti dapat dilihat sejauh mana daku berbakat. Dan selalunya daku akan di beri muka atau peluang beberapa kali sehingga daku dapat berdiri di atas kaki sendiri.

Ada muka tidak semestinya bermaksud memberi muka untuk disepak atau di tendang dan di hina, tetapi maruah sesorang itu dapat dilihat di muka mereka. Muka itu melambangkan segala-galanya bagi manusia. Segala emosi seerta riak wajah jelas di corakkan oleh muka.

Orang yang bermaruah akan menjaga muka mereka supaya tidak di hina dan di pandang rendah. Dan orang yang tidak menjaga maruah tidak akan dipandang oleh orang lain sebagai seseorang manusia. Lebih hina dari manusia.

Terima Kasih Kerana Membaca.

Leave a comment